Buletin

HONDA PERKENAL WARNA BARU “WHITE ORCHID PEARL” MENGANTIKAN “TAFETTA WHITE”

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan warna baru White Orchid Pearl bagi menggantikan Taffeta White yang digunakan pada kesemua model segmen B mereka.

Ia melibatkan perubahan penuh pada model Jazz, City, BR-V and HR-V bermula pada minggu ketiga bulan Februari hadapan.

BACA: HONDA CIVIC MUGEN YANG BURUK

Warna White Orchid Pearl telah digunakan pertama kali pada model pemasangan tempatan (CKD) Civic dan diikuti Accord pada tahun 2016. Semenjak pengenalannya, ia menerima respon positif dari pengguna.

Warna ini menyumbang jualan 38 peratus bagi model Civic dan 33 peratus untuk model Accord.

Mengikut rentak permintaan pasaran ini, model CR-V pula diperkenalkan tahun lepas dan ia menyumbang 26 peratus jualan sehingga hari ini.

Dan keputusan untuk menawarkan warna popular ini dibuat untuk model-model tambahan yang disebutkan. Jazz, City, BR-V and HR-V akan menerima pilihan warna baru dengan sedikit penambahan harga. Bagi Jazz dan City, ia dikenakan surcaj RM120 sementara BR-V dan H-RV ialah RM300.

 
 
 
 
 
Google ads
Back to top button