Buletin

HONDA RIDING ASSIST – TEKNOLOGI MOTOSIKAL BERDIRI SENDIRI TANPA BANTUAN

Dikenali dengan nama Honda Riding Asist, Honda Motor memperkenalkan teknologi terbaru kepada umum di mana motosikal boleh tegak berdiri atas gravitinya sendiri tanpa bantuan manusia.

Demonstrasi yang dipamerkan di Pameran Elektronik dan Konsumer (CES) di Las Vegas ini mendapat perhatian ramai. Ia menjanjikan masa depan industri motosikal yang akan berkembang dengan bantuan yang membolehkan mereka yang kurang mahir menstabilkan motosikal pada kelajuan rendah atau berhenti di lampu isyarat.

honda-riding-assist-mekanika

Mungkin bagi motosikal kecil ia tidak nampak membantu, kerana itu juga, Honda menggunakan Honda NC750 sebagai platform ujian. Menurut Honda lagi, mereka tidak menggunakan pengesan gyroscope yang berat sebaliknya meminjam teknologi keseimbangan daripada robot Uni-Cub.

BACA-MARI CUBA UJI UNI-CUB DI ISETAN KL

BACA-MOTOSIKAL BERKUASA ELEKTRIK PACUAN 2WD

Riding Assist ini menukar posisi suspensi fork hadapan kepada kedudukan geomoetri yang lebih lega condong ke titik graviti (bayangkan macam motor easy rider). Kedudukan rendah ini memudahkan motor khas yang terletak pada roda hadapan mengesan imbangan dan menyebarkan beban pada kesemua sudut menjadikan motosikal tegak tanpa bantuan.

Menurut jurutera Honda Riding Assist, Makato Araki, teknologi ini belum lagi diputuskan untuk produksi. Mereka masih membuat kajian mendalam dan yakin ia akan jadi satu ciri standard satu hari nanti.

Bayangkan satu masa dahulu ciri seperti ABS, kawalan kecondongan, anti wheelie dan kawalan traksi semuanya dianggap teknologi keterlaluan pada motosikal. Namun hari ini, ia dipasangkan pada hampir semua motosikal sport berkuasa tinggi. Tak mustahil, Riding Assist ini bakal jadi ciri penting industri motosikal masa hadapan.

Saksikan video di bawah

 

 

Google ads
Back to top button