Buletin

APA? HONDA CIVIC TYPE-R 2018 GUNA KOTAK GEAR CVT?!!

Mungkin ramai di antara kita tidak percaya dengan berita ini. Tetapi, tiga orang pegawai Honda didakwa telah memberitahu majalah pemotoran terkenal dari Britain, Car Magazine bahawa Honda merancang untuk menawarkan jentera berprestasi ttinggi itu dengan kotak gear CVT.

Ketua jurutera, Mitsuru Kariya; Ketua Pereka Bentuk, Daisuke Tsutamori dan orang   kuat Honda Europe, Katsushi Inoue menyatakan kotak gear CVT akan hadir sebagai pilihan. CVT itu juga ditala untuk menawarkan pecutan low-end yang pantas.

honda-civic-type-r-cvt-mekanika-2

Antara intipati utama perbincangan tiga individu itu turut menjelaskan Civic Type-R tetap akan ditawarkan dengan kotak gear manual enam kelajuan sebagai varian standard.

BACA: HONDA PERTIMBANG HASILKAN NSX TYPE-R

BACA: HONDA CIVIC EK9 TYPE-R CONVERT 

Bukan itu sahaja, jentera itu hanya hadir dengan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan limited-slip differential pada roda hadapan. Di samping mempunyai titik graviti yang lebih rendah berbanding model Civic X hatchback standard.

2018-Honda-Civic-Type-R-3

Sebelum ini, Civic Type-R Prototype didedahkan kepada umum dalam acara Paris Motor Show 2016. Model paling garang, Civic X hatchback dijangka dikuasakan oleh unit enjin 2.0 VTEC Turbo.

Dengar khabar, enjin K20C1 yang digunakan pada jentera Civic Type-R sebelum ini mampu menghasilkan kuasa minimum 310PS dan torn 400Nm. Tugas memberhentikannya diserahkan kepada brek Brembo bersaiz besar.

2018-Honda-Civic-Type-R-5

Jika dilihat dari sisi positif, penawaran kotak gear CVT membolehkan mereka yang tidak mahir memandu kereta menual menikmati keterujaan berada di belakang stereng Civic Type-R.

Lagi satu, percaya atau tidak, merujuk kepada laporan roadandtrack.com, jika CVT dikonfigurasi dengan betul, tempoh penukaran gearnya adalah lebih pantas berbanding transmisi klac berkembar dengan paddle shifter. Terutama ketika berada di atas litar lumba.

2018-Honda-Civic-Type-R-6

Ini kerana CVT boleh membolehkan enjin beroperasi pada puncak kuasanya hampir sepanjang masa. Memandangkan CVT tidak mempuyai bilangan gear (infinite gears), maka ia tidak akan berada dalam kedudukan gear yang salah. Logik jugak tu..

Selain itu, CVT juga terkenal sebagai kotak gear yang berupaya membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Bagus jugak CVT ni rupa-rupanya..

Google ads
Back to top button