Artikel PilihanMotosikal

HONDA X-ADV MAHAL SANGAT? NAH, ADA YANG MURAH. TAPI 150CC LAA..

Honda X-ADV merupakan evolusi skuter yang paling drastik pernah dicipta untuk pasaran. Sebelum ini, revolusi mungkin dilihat dari segi penggunaan pacuan rantai, enjin lebih besar dan berkuasa seperti Aprilia SRV750. Namun Honda tampil berbeza, dengan konsep skuter untuk adventur.

Ia juga merupakan skuter yang tidak murah. Sekitar harga BMW C600 dan sebenarnya skuter berkuasa tinggi memang tak ada yang murah pun. Skuter 600cc sama harga dengan supersport 600cc.

Tapi nanti dulu. Jika harga jadi halangan, kami telah temui versi yang lebih murah. Lifan LF150-T, adalah skuter yang memiliki konsep sama dengan Honda X-ADV. Skuter bertransmisi automatik dengan gaya sebuah motor adventur off-road dengan tayar sebegitu rupa.

Lifan LF150-T dikuasakan enjin satu selinder 150cc dengan pacuan transmisi CVT ke roda belakang. Dari segi fizikal juga, ia direka dengan kelegaan tanah yang lebih tinggi dari tipikal skuter 150cc di pasaran.

Memastikan idea adventur lebih menyerlah, ia dipasangkan dengan penghadang angin hadapan lebih tinggi, bentuk lampu dengan DRL ala BMW R1250GS. Sayangnya, ia tidak menggunakan rim jejari.

GALERI

Google ads
Back to top button