Advertisements
Motosikal

ZXMOTO RAIKAN PENGELUARAN UNIT KE 100,000 DI CHONGQING

Jenama motosikal China, ZXMOTO meraikan pengeluaran motosikal ke 100,000 dalam satu majlis yang berlangsung di kilang mereka di Chongqing, China. 

Unit ke 100,000 itu merupakan satu pencapaian besar ekoran mereka hanya memulakan produksi sulung pada Mac 2025 sebelum merekodkan pengeluaran ke 10,000 pada Julai 2025. 

Pengasas ZXMOTO, Zhang Xue turut meraikan pencapaian tersebut dengan menurunkan tandatangan pada unit ke 100,000 tersebut yang merupakan model 820RR. 

Tahun 2026 merupakan tahun bermakna buat ZXMOTO kerana selain merekodkan pengeluaran motosikal ke 100,000, jenama itu turut melakar kejayaan di pentas Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) 2026. 

Ini kerana dalam penampilan pertama di WSSP, mereka berjaya menamatkan musim di kedudukan kedua kejuaraan dengan jentera ZXMoto 820RR yang dikendalikan pelumba, Valentin Debise. 

Ketika Zhang Xue berada di Malaysia sempena pelancaran ZXMOTO disini, beliau turut menyuarakan keyakinan untuk merangkul kejuaraan musim 2027. 

Ketika di EICMA, reruai ZXMOTO menarik perhatian ramai dengan membariskan model sedia ada dan beberapa model baharu yang akan memasuki pasaran bermula 2027. 

Google ads
Back to top button