Buletin

HONOLULU HARAMKAN PEJALAN KAKI MENAIP MESEJ SAMBIL MELINTAS JALAN

Honolulu telah menjadi bandaraya pertama yang melarang pejalan kaki menaip mesej di telefon pintar atau tangan sambil melintas jalan. Undang-undang ini berkuatkuasa di seluruh bandaraya dan kawasan yang berhampiran dengannya.

Peraturan baru ini akn berkuatkuasa Rabu ini dan akan membolehkan pegawai polis mengenakan denda sehingga USD35 (hampir RM150) kepada mana-mana pejalan kaki yang ditangkap sedang melihat alat elektronik mereka sambil melintas jalan.

Pihak berkuasa menyatakan yang undang-undang ini perlu untuk meningkatkan tahap keselamatan orang ramai. Salah seorang ahli majlis bandaraya berkata. Peraturan ini memang satu pencapaian baru dalam memastikan standard keselamatan dipertingkatkan.

Hasil penyelidikan menunjukkan yang mereka yang berjalan sambil menaip mesej adalah lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Masalah penggunaan telefon pintar memang sudah menjadi semakin serius di seluruh dunia. Tambah bahaya bila ia dilakukan di jalan raya. Baik sambil berjalan kaki mahupun sambil menunggang ataupun memandu kenderaan.

Pemandu dan penunggang memang akan disaman jika dikesan melakukan kesalahan seperti ini tetapi bagi pejalan kaki, ini memang baru pertama kali kami dengar. Jika larangan secara lisan sudah tidak mampu membendung masalah, saman dan denda mungkin akan berkesan.

BACA: DISAMAN KERANA MENYANYI DALAM KERETA – PELIK TAPI BENAR

Kadang-kadang kami sendiri pun pelik, kenapa sesetengah individu memang tidak dapat berenggang dengan telefon pintar. Bagi yang bercinta tu biasalah, tapi bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik pencen, warga perak macam Pak Amid sambil memandu sambil menaip mesej memang kami tak faham? Penting sangat ke untuk di baca dan dijawab serta merta?

Apapun undang-undang macam ni satu hari nanti rasanya memang perlu. Takut-takut ada yang pecah kepala terlanggar dinding gara-gara terlalu asyik membaca mesej.

Pak Amid tak boleh bayangkan lepas ni pasukan Hawaii Five-O mungkin kena turun padang saman mereka yang melintas jalan sambil layan telefon pintar. Mahalo.

Google ads
Back to top button