BuletinMotosikal

TMS 2017 – KEJUTAN DARI KAWASAKI, NINJA 400 DIPERTONTONKAN PERTAMA KALI

Tokyo Motorshow menyaksikan satu lagi segmen baru dipersembahkan oleh Kawasaki Jepun di mana selain Ninja 250R 2018, Ninja 400R juga turut mencuri tumpuan. Kawasaki ternyata tidak mahu ketinggalan bersaing dalam kelas 400cc yang juga merupakan kelas middleweight yang popular di Jepun.

Secara teknikal, Ninja 400 ini menggantikan Ninja 300. Namun berbeza dari apa yang dijangka, Kawasaki menggunakan enjin baru sepenuhnya. Ia didatangkan dengan konfigurasi dua selinder sebaris 399cc, lapan injap DOHC dan sistem suntikan bahanapi. Ia adalah asas kepada enjin Ninja 250R yang telah dipertingkatkan.

Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 45 kuasa kuda berbanding 39 kuasa kuda pada model NInja 300. Kerangka dan enjin baru ini juga lebih ringan dengan keseluruhan motosikal Ninja 400 ini sebenarnya lebih ringan berbanding Ninja 300. Lebih tepat, Ninja 300 beratnya ialah 168kg sementara 

Enjin baru ini dibangunkan demi memenuhi keperluan piawaian yang semakin ketat, terutamanya di Eropah. Ia pelaburan yang berani oleh Kawasaki memasuki pasaran global. Persediaan tersebut dibuat dengan menjadikan Ninja 400 lebih “matang” berbanding model sebelumnya Ninja 300.

Rekabentuk lampu LED berkembar di hadapan mengambil inspirasi daripada H2, sementara rekaan bahagain sisi dan belakangnya kelihatan cukup dinamik dan sporty.

Antara ciri menarik lain ialah sistem suspensi baru hadapan berukuran 41mm dari Kayaba (tetapi tidak boleh dilaras). Sebagai opsyen, Ninja didatangkan dengan pilihan sistem ABS. Brek hadapannya dilengkapi cakera tunggal 310mm. Roda aloi itu adalah rekaan baru dan lebih ringan dari Ninja 300.

Bentangan instrumentasi kawalannya dipinjam dari Ninja 650 dan apabila memasuki pasaran tahun hadapan, Kawasaki juga memberi pilihan aksesori tambahan seperti kunci helmet, penutup kerusi belakang, pad tangki dan outlet kuasa 12V. Ia didatangkan dengan pilihan warna Metallic Spark Black, Lime Green dan Ebony (Kawasaki Racing Team)

GALERI

Google ads
Back to top button