Artikel Pilihan

PERATURAN BAHARU MICHIGAN LARANG PEMANDU PEGANG TELEFON SEMASA MEMANDU – SENTUH PUN TAK BOLEH

Penduduk Michigan, Amerika Syarikat kini terikat dengan undang-undang baharu yang melarang mereka memegang telefon semasa memandu ataupun menunggang. Undang-undang tersebut bahru sahaja diluluskan dan pemandu yang engkar akan dikenakan saman berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

Michigan pernah mewartakan undang-undang yang melarang pemandu dari menghantar dan membaca mesej sewaktu memandu pada tahun 2010 tapi itu belum menghalang orang ramai daripada menggunakan telefon semasa memandu.

Undang-undang baharu ini lebih menyeluruh di mana pemandu dilarang menerima atau membuat panggilaan, menghantar, menerima dan membaca teks mesej, melihat, membuat rakaman video, memuatnaik ataupun melayari media sosial dengan memegang telefon. Ambik kau. Malah memegang telefon sewaktu memandu sekarang adalah satu kesalahan besar di Michigan bermula 30 Jun lepas.

Sekiranya ditahan pihak polis, untuk kesalahan pertama denda USD100 ataupun khidmat komuniti selama 16 jam akan dikenakan atau keduanya sekali. Kesalahan kedua membuatkan denda meningkat ke USD250 ataupun 24 jam khidmat komuniti atau keduanya sekali. Jika masih lagi engkar untuk keli ketiga mahkamah akan memerintahkan pesalah mengambil kursus memandu sekali lagi.

Penalti yang dikenakan adalah lebih tinggi untuk pemandu kenderaan komersil dan bas sekolah. Untuk kesalahan kali pertama denda USD200 atau khidmat komuniti 32 jam atau keduanya sekali. Kesalahan kedua denda USD500 atau khidmat komuniti 48 atau keduanya sekali.

Namun sudah tentu ada pengecualian kepada peraturan baharu ini. Pasukan barisan hadapan seperti polis dan petugas kecemasan dikecualikan dan dibenarkan menggunakan telefon sewaktu bertugas. Untuk urusan rasmi ye bukan untuk buat video tiktok.

Begitu juga dengan mereka yang terpaksa menggunakan telefon untuk meminta bantuan seperti menghubungi talian kecemasan 911.

Menariknya pemandu sebenarnya boleh membuat panggilan atau mesej bersuara dengan syarat mereka menghubungkan telefon mereka dengan sistem infotainment binadalam kereta. Oo janji tak pegang telefon la ni.

Kat Malaysia pun rasanya kena perincikan lagi bab saman guna telefon semasa memandu ni. Nampak makin teruk hari demi hari. Baik yang memandu atau yang menunggang sama naik sekarang menggunakan telefon. Agaknya diorang ni ada sembilan nyawa macam kucing kot?

Google ads
Back to top button