
POLIS DI ARKANSAS TIDAK DIBENAR KELUARKAN SAMAN LEBIHI HAD KELAJUAN SELAMA SETAHUN
Kedengaran normal kalau anda disaman kerana memandu melebihi had laju. Namun berbeza di Arkansas, Menifee, Amerika Syarikat yang melarang polis untuk mengeluarkan saman selama setahun.
Peminat kereta berprestasi tinggi mungkin tidak dapat menahan ketawa mendengar berita bahawa polis Menifee dilarang mengeluarkan saman had laju selama setahun.
Arkansas mempunyai undang-undang anti perangkap had laju, di mana polis tidak boleh mengeluarkan saman melebihi 30 peratus. Audit baru-baru ini menunjukkan pada tahun 2020 sahaja, denda terkumpul adalah sebanyak $120,000 (RM538,000). Ia melebihi dari jangkaan yang ditetapkan.

Datuk Bandar Menifee, Gary Green meletakkan kesalahan tersebut itu di bahu ketua, John Randall. Dia menyatakan ketidakcekapan mengawal pengeluaran saman membuatkan pihak berkuasa gagal mencapai sasaran di bandar tersebut.
Ketua polis memberitahu bahawa sebahagian daripada hasil itu tidak terpakai pada tahun yang diaudit. Seorang pegawai dilapor mengeluarkan sebanyak 771 saman, manakala seorang lagi pegawai mencatatkan 263 saman.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih boleh mengeluarkan saman untuk kesalahan undang-undang lain di Menifee. Meskipun lucu, ia juga menimbulkan persoalan adakah lebih ramai pemandu mengambil kesempatan ini untuk memandu melebihi had laju dalam tempoh 12 bulan akan datang.
- BACA: SENARAI KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN PEMANDU MALAYSIA – BACA PUN MESTI SAKIT HATI
- BACA: 2.7 JUTA SAMAN BERNILAI RM800 JUTA MASIH BELUM DIJELASKAN. BAYAR ATAU KENA TINDAKAN – KP JPJ
- BACA: TERPAKSA KOREK TABUNG ANAK, POLIS TOLONG BAYARKAN SAMAN PEMANDU BECA
- BACA: RIDE HUJUNG MINGGU, 15 PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI DIKOMPAUN DI KUALA KLAWANG



