Buletin

HUAWEI NOVA 3E – KAMERA DEPAN 24MP, RM1,399 SAHAJA

HUAWEI Consumer Business Group hari ini memperkenalkan Huawei nova 3e baharu ke pasaran tempatan.

Boleh dibeli bermula 25 Mei 2018 di semua kedai Huawei Experience Store dan pengedar sah, telefon pintar tu ditawarkan pada harga RM1,399 seunit.

Lebih menarik lagi, Huawei ada menawarkan pulangan tunai sebanyak RM70 yang menjadikan harga nova 3e cuma RM1,320 sehingga 31 Mei 2018. Pelanggan juga akan menerima selfie stick berharga RM68 secara percuma, sehingga stok masih ada.

nova 3e tampil dengan paparan skrin FullView Huawei 2.0 bersaiz 5.84 inci FHD. Paparan tersebut mempunyai 432 piksel untuk setip inci dan nisbah kontras 1500:1 yang menjanjikan warna lebih natural.

Hadir dalam dua warna iaitu biru dan hitam, telefon pintar ini dilengkapi panel lengkung 2.5D dengan bahagian hujung yang bulat untuk kelihatan sofistikated serta sedap dipegang.  

Selari dengan kehendak pengguna semasa yang gemar merakam selfie, nova 3e dipasang kmaera hadapan 24MP dan kamera belakang berkembar 16+2MP. Kamera ini mampu merakam gambar dengan cantik dan sensitif terhadap perubahan cahaya dan warna.

Menerusi pemetaan 96 titik wajah, ia cukup pintar untuk merakam selfie yang terbaik. Manakala teknologi seimbangan cahaya berfungsi menyatukan cahaya daripada pelbagai sumber untuk memaksimumkan kecerahan dan mengurangkan nisbah signal-to-noise (SNR) sehingga 300 peratus.

nova 3e menggunakan EMUI 8.0 yang memanfaatkan sepenuhnya integrasi perisian dan perkakasan untuk mengoptimumkan CPU. Hasilnya, ia mampu menawarkan  prestasi, interaksi manusia mesin yang lebih bijak dan pengalaman penggunaan yang lancar.

Bukan itu sahaja, nova 3e juga dilengkapi fungsi multi tugas seperti dock navigasi terapung, screenshot pantas dengan tiga jari, Huawei Private Space 2.0 dan bantuan permainan video.

Google ads
Back to top button