Buletin

HYUNDAI ELANTRA FACELIFT DILANCARKAN. RM109,888

Hyundai-SIme Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan Elantra dengan pembaharuan facelift terkini. Ia diumumkan dijual pada harga RM109,888 (harga di atas jalan tanpa insurans)

Pasukan reka bentuk Hyundai dilihat memberi perhatian khusus pada rekaan luaran baharu ini. Bahagian belakang menerima bampar baharu, lampu nipis dan spoiler untuk memberikan gayaan lebih dinamik.

Ruang kabin juga diberi proses naik taraf yang signifikan dengan kluster instrumen dan butang kawalan lebih ergonomik. Sistem infotaimen terdiri daripada AVN versi 5.0 terbaharu yang tampil dengan paparan bersaiz tujuh inci dengan sambungan android auto dan apple car play.

Ia masih menggunakan enjin yang sama. 2.0 liter empat selinder yang menghasilkan 152ps pada 6,200rpm dan tork 192Nm pada 4,000rpm. Ia digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Ia didatangkan dengan pilihan lima warna iaitu Phantom Black, Fiery Red, Teal Blue, Fluid Metal dan Polar White.

Hyundai Malaysian menawarkan waranti lima tahun dengan had perbatuan 300,000 (yang mana terdahulu) dan juga bantuan tepi jalan 24 jam (yang turut mendapat manfaat pemilik Hyundai sekarang)

GALERI

Google ads
Back to top button