Artikel PilihanBuletin

TUN M HARAP F1 KEMBALI KE LITAR SEPANG

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan hasratnya untuk melihat Grand Prix Malaysia kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas beliau dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2018 Persatuan Sukan Motosikal Malaysia (MAM) Petronas.

Seeprti yang dilaporkan oleh akhbar The Star, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah menjangkakan industri sukan motor di Malaysia akan berkembang apabila dia mempunyai idea untuk memiliki trek perlumbaan bertaraf dunia di Malaysia.

“Saya masih ingat kunjungan saya ke Estoril di Portugal, yang memberi inspirasi kepada saya untuk mempunyai trek yang serupa di Malaysia, saya tidak fikir ia akan membawa 10,000 hingga 20,000 orang ke trek,” katanya.

“Tapi kami telah berjaya mendapat banyak hasil dari trek Sepang International Circuit (SIC) dan wang yang dilaburkan memberi manfaat yang sangat berbaloi.

“Saya harap perlumbaan (di Sepang) akan terus gemilang ke masa depan, dan saya juga berharap perlumbaan Gran Prix Formula Satu akan kembali dalam semula,” katanya.

SIC, yang dibina untuk menjadi tuan rumah perlumbaan Formula One, adalah gagasan Dr Mahathir. Ia menjadi tuan rumah Formula Satu dari tahun 1999 hingga tahun 2017, tetapi ia tidak diteruskan kerana penurunan jumlah pengunjung dan kos yang tinggi perlu ditanggung.

KREDIT: THE STAR

Tags
Google ads
Back to top button