Buletin

HYUNDAI ELANTRA N TCR EDITION – HANYA ADA DI CANADA AJA NI!

Barangkali ini antara model kereta yang sepatutnya berada dalam senarai idaman buat penggemar kereta lumba tetapi masih inginkan memandu di atas jalan raya biasa. Model ini sememangnya dibina berinspirasikan daripada model kereta lumba Hyundai Elantra N TCR, dengan model edisi khas ini turut dilengkapi dengan prestasi atas litar ke jalanan.

Cuma jikalau anda berhasrat memilikinya, tidaklah sewenangnya memiliki Hyundai Elantra N TCR Edition ini. Ianya dikeluarkan khas oleh Hyundai Auto Canada sendiri khusus untuk peminat N di sana dna bukannya peminat di sini atau pun di sinun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Hyundai Auto Canada Steve Flamand, terdapat segelintir pelanggan yang sememangnya cukup menggilai jenama N ini dengan khabarnya terdapat lebih daripada 5,000 penggemar N di Kanada teruja akan kehadiran dengan model Elantra N TCR Edition ini. Bukan hanya persembahan dari segi kosmetik yang ditawarkan malah perincian yang cukup estetik serta peningkatan prestasi yang boleh dirasakan  hasil daripada kejayaan jenama Hyundai yang beraksi dalam perlumbaan Touring  Car Racing.

Berikut merupakan ciri untuk Hyundai Elantra N TCR Edition:

  • Menggunakan enjin 2.0 liter turbocaj yang menghasilkan kuasa 276 HP dan 391 Nm.(Output maksimum sehingga 286 HP dengan padanan N Grin Shift (NGS) yang terdapat pada varian DCT
  • Terdapat dua varian akan ditawarkan melalui padanan transmisi Wet Dual-Clutch Transmission (N-DCT) lapan kelajuan dan juga transmisi manual enam kelajuan dengan padanan putaran bawah.
  • Spoiler gentian karbon dengan rekaan leher angsa
  • Roda aloi tempa N TCR bersaiz 19 inci
  • Logo TCR Edition di bahagian belakang
  • Stereng Alcantara N Performance dengan penanda jam 12
  • Pakej dalaman Alcantara meliputi brek lever, tombol gear & konsol perehat tangan
  • Tali pinggang keselamatan Biru berprestasi tinggi (tempat duduk hadapan)
  • Pelapik lantai N Performance
  • Sistem brek berprestasi tinggi N Performance meliputi angkup hadapan empat piston dengan rotor berkembar di hadapan
  • Beberapa teknologi berinsirasi litar daripada model N sedia ada turut dikekalkan seperti pemilihan mod pemacu dengan mod N/Custom, pembezaan gelinciran terhad elektronik dan suspensi dikawal secara elektronik untuk selekoh yang lebih baik.

Harga yang ditawarkan

  • Elantra N TCR Edition 6MT: CA$47,599 (RM 146,903)
  • Elantra N TCR Edition DCT: CA$49,199 (RM151,841)

BACA : HYUNDAI ELANTRA N 2023 DIPERKENAL DI CHINA!

BACA : HYUNDAI ELANTRA N 2022, 286 KUASA KUDA. MERECIK HAWAU…

Google ads

B K

Back to top button