Buletin

MAZDA BT-50 FACELIFT 2025 DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM138K

Bermaz Motor secara rasmi melancarkan Mazda BT-50 facelift 2025 untuk pasaran Malaysia, ditawarkan pada harga bermula dari RM138,000.

BT-50 generasi baharu ini mengangkat bahasa rekaan KODO: Soul of Motion, dengan setiap lengkung dan garis badan direka untuk memancarkan pergerakan walaupun dalam keadaan statik.

Bahagian hadapan tampil dengan gril ‘signature wing’ baharu, dipadankan bersama lampu utama LED yang lebih tajam dan bampar baharu untuk menambah lebar visual.

Dari sisi, garis karakter yang bersih mengalir dari fender ke pintu belakang, disertai rim aloi rekaan baharu dan lengkung roda berotot memberi isyarat kemampuan off-road sebenar. Di belakang pula, pintu tailgate dan lampu LED yang direka semula menyerlahkan kestabilan dan lebar badan, dengan emblem Mazda berlapis krom melengkapkan imej premium sebuah trak serba guna moden.

Masuk ke dalam, BT-50 terus mempamerkan DNA “Jinba Ittai”, falsafah kesatuan antara pemandu dan jentera. Papan pemuka direka simetri dengan kemasan soft-touch, kawalan intuitif dan kedudukan tombol serta skrin yang mudah dicapai.

Tempat duduk baharu menawarkan sokongan ergonomik yang lebih baik, manakala penebat bunyi yang dipertingkat menjadikan kabin lebih senyap dan selesa.

Sistem infotainmen kini menggunakan skrin sentuh 9-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, dilengkapi kluster digital 7-inci, port USB-C, kawalan suhu dua zon serta corong udara belakang, menjadikan BT-50 antara trak paling canggih dalam segmennya.

Dikuasakan oleh enjin 3.0L turbodiesel, digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD), BT-50 menawarkan daya tork kuat dengan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Suspensi hadapan jenis double wishbone dan belakang leaf spring ditala untuk keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan, sama ada di jalan raya atau di laluan lasak.

Sistem baharu Rough Terrain Mode kini turut diperkenalkan, mengoptimumkan tindak balas pedal minyak dan brek untuk cengkaman terbaik di permukaan mencabar. Ia berfungsi bersama mod pacuan 4H, 4L dan 2H, membantu pemandu mengekalkan kawalan serta keyakinan walau dalam keadaan off-road ekstrem.

Seperti model Mazda lain, BT-50 hadir dengan pakej keselamatan i-Activsense penuh, termasuk:

  • 8 beg udara SRS
  • ABS, EBD, BA, ESC, dan TCS
  • Hill Launch Assist & Hill Descent Control
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Forward Collision Warning (FCW) dan Auto Emergency Braking (AEB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Mazda BT-50 serba baharu ditawarkan dalam lima warna menarik;

  • Concrete Gray Mica
  • Vermillion Latosol Mica
  • True Black Mica
  • Geode White Pearl
  • Sailing Blue Mica

Didatangkan sebagai model CBU dari Thailand, ia kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah Mazda seluruh negara, dengan harga bermula dari RM138,000.

Setiap pembelian disertakan waranti pengilang selama 5 tahun atau 100,000 km (mana yang terdahulu), memberikan ketenangan minda kepada pemilik baharu trak serba boleh ini.

GALERI:

Google ads
Back to top button