Buletin

HYUNDAI ELANTRA N 2023 DIPERKENAL DI CHINA!

Selepas melancarkan Avante (Elantra) rupa baharu pada Mac di Korea Selatan, Hyundai memilih China untuk memperkenalkan varian berprestasi Elantra N.

Pemilihan China merupakan langkah pertama penawaran model N secara serius di negara itu.

Program yang dirancang pula pada skala besar seperti Hari Litar, Pengalaman Pemanduan N, bersaing di dalam Kejohanan Kereta Touring China TCR 2023 dan menganjurkan perlumbaan One-Make Race!

Hyundai tidak memperincikan spesfikasi teknikal Elantra N 2023 dan sebagai rujukan, model sebelum ini dibekalkan enjin 2.0 liter turbo 276 kuasa kuda (hp) dan tork 392Nm. 

Enjin itu boleh dipadan dengan dua jenis transmisi, manual enam kelajuan atau klac berkembar automatik lapan kelajuan.

Dari segi rekaan, Elantra N 2023 mengekalkan lagak agresif sebelum ini dengan gril atas dan bawah yang lebar. Elantra rupa baharu sudah pun garang dan model berprestasi ini menambah ciri agresif tersebut.

Dari tepi, skirt yang digunakan sama seperti sebelum ini dan rim jejari dengan corak rumit ditukar kepada rekaan bulat dan mengingatkan kepada Alfa Romeo. 

Di sebalik rim terpampang angkup brek N warna merah dan menyerlah dengan badan biru Hyundai N.

Pada bahagian belakang, sama seperti bampar depan, Hyundai N menggantikannya dengan set baharu dan tampil agresif. Spoiler pada but kekal dengan unit yang sama.

Hyundai N tidak mendedahkan bahagian dalam dan dari gambar boleh dilihat bayangan kerusi sport dan mungkin kekal seperti sebelum ini.

Berbeza dengan Honda Civic Type R yang meriah menggunakan tema merah, Hyundai Elantra N lebih selesa bertemakan warna gelap.

Selepas Elantra N, Hyundai bakal memperkenalkan IONIQ 5 N pada Julai 2023. Model elektrik dengan pakej berprestasi N!

BACA: HYUNDAI KONA N LINE 2023, 1.6L TURBO 190 HP, 264NM, 8 KELAJUAN AUTOMATIK!

BACA: SEGALANYA TENTANG HYUNDAI CRETA, SUV SEGMEN B

BACA: HYUNDAI KONA ELECTRIC, BOLEH PANDU SEHINGGA 490KM!

Google ads
Back to top button