Artikel PilihanBuletin

HYUNDAI ELANTRA N 2022, 286 KUASA KUDA. MERECIK HAWAU…

Hyundai telah mendedahkan sedan baru prestasi tinggi dari model Elantra dengan varian paling berkuasa iaitu varian N. Model prestasi tinggi ini dikuasakan dengan enjin 4 silinder 2000cc turbo yang menghasilkan 286 kuasa kuda dalam mode overboost. Bagi pasaran US, model ini dijual pada harga permulaan RM 126,000.

Elantra N adalah sebahagian daripada model prestasti tinggi di bawah jenama Hyundai di bawah sub-jenama N selain daripada Veloster N dan juga Kona N. Dalam keadaan biasa, enjin ini menjana 276 kuasa kuda dan 391Nm tork akan ditawarkan dengan 2 pilihan transmisi samaada 6 kelajuan manual atau 8 kelajuan DCT dengan kebolehan mengenalpasti pemanduan di litar.

Namun hanya varian DCT sahaja akan ditawarkan dengan fungsi overboost yang membolehkan enjin menjana 10 kuasa kuda tambahan selama 20 saat dengan butang kawalan di stering. Hyundai menjelaskan Elantra N mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.3 saat dan halaju tertinggi ialah 250km/j bagi varian DCT.

Bunyi ekzos akan dikawal dengan 3 tetapan yang boleh dikawal bergantung pada mode pemanduan. Sama seperti seterunya iaitu Honda Civic Type R, Elantra N akan diberikan dengan limited slip differential kawalan elektronik untuk mengurangkan understeer, suspensi belakang dari jenis multilink (varian biasa menggunakan torsion beam), drive shaft yang lebih kuat dan ringan serta tayar Michelin 245/35 dipasang pada rim 19 inci

Bagi memberikan pengendalian yang lebih bagus pada Hyundai Elantra N, rotor brake bersaiz lebih besar iaitu 360mm digunakan, getah pelapik yang lebih keras untuk bahagian suspensi (dual compound bush), rear stiff bar, rear tunnel brace, spring dan penyerap hentak prestasi tinggi yang lebih keras dan baik

Elantra N juga diberikan beberapa ciri tambahan lain seperti meter yang memaparkan suhu minyak pelincir, suhu cecair penyejuk, tork, meter G Force dan tekanan boost. Sama seperti Kona N, satu meter paparan masa akan dipasang secara integrasi bagi menunjukkan masa pusingan di litar perlumbaan. Kusyen juga dihasilkan lebih ringan dan 0.2 inci lebih rendah

Untuk keselesaan Elantra N masih mengekalkan ruang kargo sebesar 464 liter, pembesar suara dari jenama Bose, N Sound Equalizer samaada untuk menghasilkan bunyi sport atau senyap, ruang kaki yang luas untuk penumpang belakang menjadikannya pilihan tepat untuk keluarga dan pemanduan di litar pada hujung minggu

Google ads
Back to top button