Buletin

INEOS GRENADIER QUATERMASTER CHASSIS CAB DILANCARKAN. BOLEH UBAH SUAI BAHAGIAN BELAKANG IKUT SUKA

INEOS Automotive telah melancarkan varian Chassis Cab kabin berkembar lima tempat duduk bagi pikap Grenadier Quartermaster, yang dikhususkan untuk para pembuat badan kenderaan untuk merubah apa juga rekabentuk kenderaan komersial ini mengikut fungsi yang diinginkan.

Dibangunkan seiring dengan pick-up Quartermaster, Chassis Cab direka bentuk untuk memberikan gabungan peneraju kelas keupayaan off-road yang serba boleh untuk  membawa beban, dengan keselesaan, keselamatan, kehalusan dan ciri yang diinginkan oleh pemandu zaman sekarang.

Berkongsi jarak roda 3,227mm dengan model Quartermaster, ianya 305mm lebih panjang daripada model Grenadier Station Wagon. Model Chassis Cab menampilkan rangka tangga terdedah di belakang kabin penumpang, memberikan peluang untuk pelanggan dan pembuat rekaan badan  pelbagai pilihan reka bentuk yang dinginkan. Malah Chassis Cab ini turut mempunyai keupayaan menunda sehingga 3,500 kg.

Chassis Cab Quartermaster Grenadier ini akan dibina di Hambach, Perancis, di kemudahan pembuatan INEOS Automotive yang telah pun diperoleh daripada Mercedes-Benz pada Januari 2021. Dibina melalui barisan pengeluaran yang sama dengan model Grenadier yang lain, Chassis Cab berkongsi ruangan berkembar dengan duduk lima tempat duduknya.

Menggunakan Casis ladder frame yang digunakan pastinya cukup sesuai dengan fungsinya untuk membawa lebih muatan dan pelbagai rekaan yang boleh disesuaikan. Kelebihan juga ada pada rekaan gandar rasuk jenis tahan lasak serta sehingga tiga perbezaan penguncian untuk memberikan lebih cengkaman ketika situasi memerlukan.

Trenkuasa Chassis Cab Quartermaster Grenadier ini menggunakan daripada pilihan enjin petrol atau diesel enam silinder sebaris 3.0 liter turbo milik BMW. Dan ianya digerakkan melalui pacuan keempat-empat roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan daripada ZF.

Pada tahun 2022 INEOS Grenadier telah dilancarkan: 4X4 yang benar-benar global dibina dari asas yang menggabungkan semangat dan reka bentuk British yang lasak dengan ketelitian kejuruteraan Jerman.

Kemudiannya pada tahun 2023, varian pikap  Grenadier Quartermaster pula dilancarkan, dan pada Februari 2024, barisan kenderaan ketiga yang dipanggil INEOS Fusilier turut telah diperkenalkan yang akan menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa untuk memenuhi keperluan pengguna global dengan elektrik sepenuhnya termasuklah varian jarak jauh.

BACA : INEOS FUSILIER, 4X4 BEV DAN RANGE EXTENDER!

BACA : WULING FORMO MAX – TRAK PIKAP TERBAHARU UNTUK PASARAN INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button