Artikel PilihanBuletin

INI KISAH BAGAIMANA NAMA NISSAN SUNNY DIPILIH DAN PERSAMAAN DENGAN PROTON SAGA

Di antara kereta penumpang klasik yang masih popular hingga ke hari ini ialah Nissan Sunny. Model ini pertama kali dilancarkan pada April 1966 yang bermakna hampir berusia 53 tahun.

Jika pengeluar tempatan ragu-ragu tentang nama asal sesebuah model seperti Wira atau Kancil dan sebagainya, ini hanyalah secebis model klasik yang masih mengekalkan nama asal walaupun berusia lebih setengah abad.

Selain itu, Sunny sebenarnya dibangunkan sebagai memenuhi sasaran kereta nasional yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) Malaysia Jepun.

Macam sama seperti era 80an di negara kita bukan?

Perhatikan satu lagi fakta ini. Nissan Sunny B10 telah popular sebelum pelancarannya lagi. Pada Januari 1966, Nissan telah mengadakan sebuah kempen peringkat kebangsaan di Malaysia Jepun bagi mencari nama model ini.

Datsun Sunny 1000 Sports Deluxe

Model ini diposisikan sebagai kereta penumpang yang direka khusus untuk rakyat kebanyakan. Objektif kempen juga adalah untuk menamakan model ini dengan satu nama yang mempunyai tarikan kuat.

Nissan mengiklankan kempen ini di suratkhabar pada 1 Januari 1966 yang memaklumkan sebuah kereta 1,000 cc bakal dilancarkan.

Beberapa lagi siri iklan disiarkan, kali ini mengandungi beberapa maklumat awal tentang model ini sehingga tarikh tutup peraduan pada bulan Februari.

Rakyat yang berminat boleh menghantar cadangan mereka melalui pos. Setelah kempen ini ditutup tahukah anda berapa banyak penyertaan yang diterima?

Kempen ini ternyata satu euforia apabila sejumlah 8.48 juta cadangan dihantar dengan 380,000 aneka nama.

Nissan Sentra, kembar moden Sunny

Pada 19 Februari pengasas Nissan Motors iaitu Yoshiyuke Ayukawa mengumumkan nama yang terpilih iaitu Sunny. Nama tersebut telah dicadangkan sebanyak 3,105 kali.

Nama Sunny dipilih kerana ia melambangkan imej model tersebut iaitu terang, ceria dan berjiwa muda. Model kereta nasional ini kemudiannya dikeluarkan pada April 1966.

Sunny dibangunkan oleh sekumpulan jurutera muda dan diselia oleh Zenzo Sonoda. Model ini digerakkan oleh enjin 1.0 liter A OHV dengan kuasa 56 PS. Enjin itu dipadankan bersama transmisi tiga kelajuan manual.

Walaupun kecil, prestasinya luar biasa ditambah pula dengan reka bentuk yang bersih dan sporti berjaya menarik perhatian ramai.

Legenda Malaysia

Daya pecutan ke suku batu (400 meter) mengambil masa 20.6 saat dan kelajuan maksimum ialah 135 km/j. Angka yang tidak menghairankan kerana berat model ini hanya 645kg.

Sewaktu dilancarkan Nissan Sunny B10 dipasarkan pada harga 460,000 Yen untuk varian deluxe dan 410,000 Yen untuk varian standard. Berdasarkan nilai hari ini, harga tersebut bersamaan RM 17,365 dan RM 17,365. (1 JPY = RM 0.03).

Nissan Sunny menerima sambutan menggalakkan dan dalam masa lima bulan sahaja jualan telah mencecah 30,000 unit.

Pada April 1967 Nissan melancarkan Sunny sedan empat pintu dan dua lagi varian iaitu Sunny Sports Deluxe dan Sunny Van VB10 (wagon) pada 1968.

Legenda juga ni. Asal dari tahun 1966.

Berbalik kepada bahagian awal artikel ini tentang Nissan masih mengeluarkan Sunny, iya memang betul, Nissan Almera yang kita kenali di sini dijenamakan sebagai Nissan Sunny di China.

Nissan Sunny juga turut dijual di Amerika Syarikat dengan nama Versa dan Jepun melalui nama Latio.

Walaupun model pesaing lain seperti Honda Civic dan Toyota Corolla sudah memasuki segmen separa premium, Sunny masih lagi kekal sebagai kereta rakyat dengan harga mampu milik.

BACA: NISSSAN VANETTE – RAJA VAN DI MALAYSIA

BACA: PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

Tags
Google ads
Back to top button