Buletin

JAM TANGAN RICHARD MILLE RM1.2 JUTA MILIK PELUMBA F1 MCLAREN DIROMPAK SELEPAS FINAL EURO 2020

Jam tangan mewah Richard Mille milik pelumba pasukan F1 McLaren, Lando Norris dirompak di luar stadium Wembley, selepas menonton perlawanan akhir Euro 2020 di antara England dan Itali. 

Norris dikatakan sedang berjalan ke kereta McLaren miliknya sebelum beberapa orang lelaki mengambil jam tangan bernilai £50,000 (RM293,000) itu. The Guardian melaporkan seorang lelaki memegang Norris, sementara seorang lagi mengambil jam tangan berkenaan. 

Dalam satu kenyataan rasmi, McLaren mengesahkan rompakan tersebut sambil memberitahu Norris sangat terkejut dengan insiden itu. “Memandangkan ia sudah menjadi kes polis, jadi kami tidak boleh memberi kenyataan lanjut,” kata McLaren. 

Norris merupakan salah seorang pemilik RM 11-03 McLaren Automatic Flyback Chronograph. Jam tangan itu hadir dalam kerangka karbon TPT, quartz TPT oren dengan dial berwarna hitam. Pelumba Britain itu dikatakan sering memakai jam tangan tersebut. 

Model edisi terhad tersebut hanya ditawarkan kepada pemilik McLaren dan dikatakan berharga AS$300,000 (RM1.2 juta), sekaligus bercanggah dengan laporan media Britain. 

Google ads
Back to top button