
McLAREN 765LT BAHARU MILIKI PERBATUAN 160KM, RENTUNG DI STESEN PETROL
Sebuah jentera rare McLaren 765LT dijilat api sehingga renting di stesen petrol berdekatan Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian berlaku di blok 500 Dekalb Pike berdekatan Upper Gwynedd Township pada awal minggu lalu di sebuah stesen petrol Wawa.
Menurut North Penn Now, anggota bomba Upper Gwynedd yang tiba di tempat kejadian mendapati jentera terbabit sedang terbakar yang parkir berdekatan pam petrol.

Biarpun, pihak berkuasa dapat memadam kebakaran itu, mereka tidak dapat menyelamatkan supercar Britain tersebut.
Lebih menyedihkan, McLaren 765LT itu musnah sepenuhnya dan hanya tinggal kerangka, plastik dan gentian karbon sahaja.
Difahamkan, pemilik kenderaan itu baru sahaja membeli McLaren 765LT yang memiliki 160 km perbatuan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebit.
McLaren 765LT yang mampu menjana kuasa mencecah 755 hp dan tork 800 Nm.
Jentera terhad kepada 765 unit itu dijual pada harga AS$358,000 (RM1.5 juta) di pasaran AS. – autoevolution/carscoops
- BACA: MCLAREN JUAL HQ DI WOKING ENGLAND PADA HARGA RM969.5 JUTA
- BACA: SPRM SITA HELIKOPTER PERSENDIRIAN, PORSCHE, MUSTANG, MCLAREN DAN KAPAL MEWAH MILIK KETUA SINDIKET TENDER KERAJAAN
- BACA: SEWA MCLAREN, BERLUMBA VS LAMBO HINGGA TERBABAS. JADI ‘BAHAN’ POLIS CALIFORNIA
- BACA: McLAREN 765LT DILANCARKAN DI MALAYSIA. TERHAD 10 UNIT SAHAJA, HARGA BERMULA RM1.49 JUTA






