Buletin

SEWA MCLAREN, BERLUMBA VS LAMBO HINGGA TERBABAS. JADI ‘BAHAN’ POLIS CALIFORNIA

Peronda Lebuh Raya California (CHP) memperlekehkan seorang lelaki yang menyewa jentera McLaren di Oregon, Amerika Syarikat (AS) semata-mata ingin berlumba dengan Lamborghini.

Melalui hantaran foto CHP, jentera McLaren McLaren 720S berkenaan didapati dalam keadaan rosak teruk malah pemandu  itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu McLaren terbabit juga patut melahirkan rasa kesyukuran kerana tidak mendatangkan kecederaan ataupun menyebabkan kematian kepada pengguna lebuh raya itu.

“Apabila anda menyewa sebuah McLaren 570 dan mengambil keputusan berlumba dengan Lamborghini sehingga terbabas!

“Lain kali, anda perlu mempertimbangkan mendapatkan insurans sewa! Nasib baik tiada orang yang mengalami kecederaan serius,” kata ciapan CHP di dalam Twitter.

Menurut autoevolution, jentera yang dimaksudkan sebenarnya model McLaren 720S malah CHP turut membuat lawak berhubung mengambil insurans sewa kenderaan tersebut.

Dalam gambar yang dimuat naik, kelihatan Lamborghini dari jarak jauh tetapi sukar mengetahui sama ada ia mengalami sebarang kerosakan kerana terdapat individu menghalang bahagian depan kenderaan.

Pihak polis masih belum mengatakan tuduhan dikenakan kepada pemandu itu. – autoevolution

Google ads
Back to top button