Buletin

McLAREN 765LT DILANCARKAN DI MALAYSIA. TERHAD 10 UNIT SAHAJA, HARGA BERMULA RM1.49 JUTA

Jentera McLaren 765LT yang merupakan keluarga terbaharu Longtail dari McLaren Automotive mendarat secara rasmi di negara ini.

Model terbaharu ini ditawarkan pada harga bermula RM1.49 juta (sebelum cukai) terhad kepada 10 unit sahaja di pasaran tempatan daripada 765 jentera di seluruh dunia.

Apa yang menarik tentang McLaren 765LT adalah ia menggunakan teknologi gentian karbon terkini dan panel badan LT gentian karbon dipesan khusus dalam pembuatan jentera ini.

Selain itu, jentera ini menitikberatkan ciri-ciri aerodinamik sebagai kunci kepada penurunan berat badan sebanyak 80 kg berbanding model 720s Coupe.

Di bahagian luaran, sentuhan pakej aerodinamik LT terbaharu ini jelas kelihatan dengan penggunaan gentian karbon pada splitter hadapan, bampar, lantai hadapan, skirt sisi, bampar belakang, diffuser belakang dan Longtail lebih besar di bahagian belakang.

Selain itu, rekaan pintu yang agak menarik dan unik memudahkan lagi pemandu mahupun penumpang memasuki jentera ini.

Arca roda pula didatangkan dengan set rim aloi ultra-ringan 10-spoke dibaluti tayar Pirelli P Zero Trofeo R dengan sistem brek seramik dan angkup brek yang diperoleh daripada McLaren Senna.

Bahagian kabin dilengkapi rekaan dalaman inspirasi motorsport tempat duduk gentian karbon, papan pemuka gentian karbon dan paparan meter digital.

McLaren 765LT mendapat khidmat enjin V8 turbo berkembar yang berkemampuan menjana 765 PS dan tork 800 Nm dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Jentera ini mampu memecut 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.8 saat manakala 0-200 km/j mengambil masa 7.2 saat.

Antara ciri-ciri lain termasuk sistem Proactive Chassis Control II, sistem ekzos titanium,bahan transmisi Formula 1, cermin lebih nipis, cermin belakang daripada bahan polikarbonat dan sistem suspensi dilengkapi spring serta penyerap hentak serba baharu.

GALERI

Google ads
Back to top button