
JENAMA AUTOMOTIF ERA SOVIET, MOSKVICH DIHIDUPKAN SEMULA, LANCAR MODEL BAHARU MOSKVICH 3, REBADGE JAC JS4
Buat masa ini, kebanyakan pengeluar automotif mula menarik diri dari pasaran Rusia, membuatkan syarikat domestik negara itu mula mencari jalan untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan.
Syarikat KAMAZ dilapor telah menghidupkan semula jenama automotif era Soviet, Moskvich dengan melancarkan model terbaharu Moskvich 3.

Menurut laporan Reuters, KAMAZ mendapat kerjasama daripada syarikat China JAC, dan ini menjawab persoalan kenapa model Moskvich 3 itu menyamai model JAC JS4.
Moskvich 3 akan dipasang di kilang lama Renault menggunakan proses semi-CKD, dengan sasaran produksi 600 unit menjelang akhir tahun ini.
400 daripadanya akan dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (pilihan enjin 1.5 liter turbo atau 1.6 liter VVT, manakala selebihnya merupakan crossover berkuasa elektrik.

Berdasarkan info dari laman web rasmi JAC, JS4 dilengkapi dengan ciri seperti skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infotainmen 10.25 inci dengan sokongan Android Auto, pintu tailgate berkuasa elektrik, serta ruang kargo sehingga 1,050 liter.
Ciri keselamatan termasuklah kamera keliling 360 darjah, sistem pemantauan titik buta, amaran keluar lorong, serta amaran bukaan pintu. – Reuters






