
PIAGGIO GROUP BUKA FASILITI BAHARU DI JAKARTA
Piaggio Group telah membuka fasiliti baharu di Indonesia pada 23 November lalu yang diharap dapat mengukuhkan kehadiran mereka di rantau Asia.
Kemudahan pengeluaran baharu tersebut mempunyai keluasan 55,000 meter persegi dan terletak di daerah Cikarang, Jakarta.
Selain Indonesia, Piaggio turut membuka fasiliti baharu di Itali, India, Amerika Syarikat, Vietnam dan China.

Bagi Piaggio, pasaran Asia adalah sangat penting untuk semua pengeluar motosikal utama. Sudah tentu di Indonesia, Piaggio melihat ia sebagai program pertumbuhan strategik yang telah dimulakan sejak 10 tahun lalu, hingga menjadikan Piaggio sebagai salah satu pemain terkemuka dalam industri.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Piaggio, Roberto Colaninno, berkata, “Jualan Piaggio Group di pasaran Indonesia meningkat sebanyak 61 peratus pada 2021 dan akan terus berkembang dalam masa terdekat.”
Melihat kepada tempoh peralihan bagi industri automotif secara keseluruhan, terutamanya motosikal dan kenderaan dua roda (PTW) berkuasa lain, faktor budaya di Asia yang menggalakkan penggunaan motosikal membolehkan permintaan serta jualan meningkat.
Dalam masa yang sama, Piaggio beranggapan pasaran Asia lebih bersedia untuk menerima kedatangan industri kenderaan elektrik.
- BACA: INDONESIA SASAR 2 JUTA MOTOSIKAL ELEKTRIK MENJELANG 2025. MAHU BINA STESEN SWAP BATERI
- BACA: KERETA API KELAJUAN TINGGI INDONESIA 90% SIAP. 350KM/J, JAKARTA-BANDUNG 40 MINIT SAHAJA
- BACA: INDONESIA RANCANG MULAKAN SUBSIDI PEMBELIAN EV. SASAR 2.5 JUTA PENGGUNA EV MENJELANG 2025
- BACA: BMW CE 04 MULA MASUKI PASARAN INDONESIA – BILA PULA GILIRAN MALAYSIA