Artikel Pilihan

INILAH ROBOCOP – TRAK TIPPER AUTONOMI DARI KAMAZ

Pengeluar trak dari Russia, Kamaz baharu sahaja mendedahkan sebuah trak tipper bebas pemandu sepenuhnya yang dinamakan Robocop. Ia merupakan model yang berfungsi sepenuhnya dan bakal diuji untuk kegunaan di lombong arang batu Russia. Sekali tengok pun dah ramai yang setuju trak ni sesuai digunakan dalam filem-filem fiksyen.

Prototaip ini diasaskan daripada trak tipper Kamaz Atlant 49 dengan rekaan cab-over, casis 8×4 empat gandar, enjin turbodisel dan kemampuan membawa muatan maksima 49 tan. Bahagian belakang dan bawah je sama manakala bahagian dalaman kabin dipenuhi dengan pelbagai sensor dan peralatan dan perisian yang membolehkannya beroperasi tanpa pemandu.

Ketiadaan pintu dan cermin menjelaskan yang ini ialah kenderaan bebas pemandu. Bahagian cermin hadapan yang digelapkan menempatkan pelbagai sensor dan kamera. Cermin pandang belakang juga digunakan untuk mengawasi sekeliling perimeter trak ini. Jika sistem autonomi penuh gagal dioperasikan, trak ini masi boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh oleh operator. Fuh, dah macam mainan saiz besar ni.

Menurut sumber media Russia, Drom, Robocop ini direka untuk berkhidmat di kawasan kuari ataupun lombong arang batu. Lebih tepat lagi menurut Kamaz sendiri ia bakal diuji dan dioperasikan di bandar perlombongan utama Russia, Kemerovo.

Ini bukan kali pertama Kamaz hasilkan trak berautonomi. Sebelum ini pun mereka pernah melakukannya sejak tahun 2017 dengan model Kamaz 43118. Ia merupakan trak kargo yang diuji untuk perjalanan dalam keadaaan sejuk dan berais. Ia beroperasi dalam keadaan musim tersejuk terburuk yang terlaku ekstrim untuk pemandu sebenar. Ia dilakukan bagi memastikan operasi trak tidak tergganggu sewaktu musim sejuk.

Peminat sukan motor dah tentu kenal dengan nama Kamaz ni yang dah banyak kali menang Rali Dakar. Bukan sekali dua tapi dah 19 kali! Tahun lepas je mereka dah boleh sertai setelah diban akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Google ads
Back to top button