Buletin

GEMBIRA PERTAMA KALI NAIK KAPAL TERBANG, WANITA BERGULING ATAS JALAN

Seorang wanita Nigeria, Linna, dilaporkan berguling di atas landasan di lapangan terbang selepas menaiki kapal terbang buat kali pertama.

Melalui video yang tular, Linna berguling-guling di atas permukaan jalan dan berlutut mengucapkan syukur kepada tuhan selepas turun dari sebuah kapal terbang.

Linna menulis kapsyen di video tersebut, “Terima kasih papa. Jika ia bukan Tuhan maka ia tidak bermakna bagi saya. Apa yang saya ingin katakan ialah terima kasih Tuhan.”

Pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah kepada wanita muda itu kerana berjaya menaiki kapal terbang buat kali pertama.

Video tersebut mendapat beberapa reaksi dari pengguna media sosial, @KinkyYo berkata, “ok, biar saya teka. ini kali pertama awak terbang, kan? Saya nak berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan.”

Seorang lagi pengguna atas nama akaun @banks berkata, “Hati yang bersyukur. Hanya Engkau mengerti pujianmu.”

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 230,000 tontonan dan 1,269 komen berkongsi kegembiraan bersama Linna. Jadi, nikmat tuhan mana yang kau dustakan?

Google ads
Back to top button