Motosikal

REMBAT MOTOSIKAL DELIVEROO. POLIS JEJAK SISTEM PENGESAN JUMPA PENCURI,SENJATA DAN DADAH!!!

Polis berjaya menjejak sebuah motosikal Deliveroo yang dicuri dengan menggunakan sistem pengesan pada motosikal terbabit.

Lebih mengejutkan, penemuan tersebut bukan sahaja menemui motosikal tetapi pencuri, senjata dan dadah!!!

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7.30 malam itu, motosikal jenis Honda berkenaan telah dirembat di luar restoran Nando’s di Queens Square, Liverpool kemungkinan ketika pemilik sedang mengambil makanan untuk melakukan penghantaran kepada pelanggan.

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa motosikal terbabit dipasang sistem pengesan yang digunakan pihak polis untuk menjejak semula jentera itu.

Polis tidak mengambil masa yang lama untuk menjejak motosikal curi itu kerana terletak hanya 5 km dari lokasi kejadian berdekatan sebuah premis di Jalan Sycamore, Wirral.

Dalam serbuan tersebut, dua suspek berusia 17 dan 22 tahun ditahan di premis itu kerana disyaki mencuri motosikal.

Menurut kenyataan polis, senjata berupa penukul besi yang disimpan di bawah tempat duduk motosikal turut dirampas bersama beg dipenuhi pil disyaki ectasy. –visordown.

Google ads
Back to top button