Buletin

INI SEBAB KENAPA AS TIDAK JUAL ALAT GANTI DAN LUPUS TERUS F14 TOMCAT

Hanya ada satu pelanggan asing untuk jet pejuang canggih F-14 Tomcat semasa zaman kegemilangannya, Iran. Pemerintah Iran, Shah memilih untuk membeli 80 unit Tomcat dan bukannya F-15 Eagle. Ia terbukti satu pelaburan yang baik.

Biarpun selepas kerajaan Shah jatuh dan Iran diperintah oleh Republik Islam Iran berikutan revolusi tahun 1979, Tentera Udara Iran masih memiliki juruterbang Tomcat yang terbaik di dunia.

Amerika Syarikat (AS) tidak mahu mereka kembali terbang di udara. Iran seperti bekas teman wanita yang sukar AS lupakan.  Masalah sekarang ialah Iran masih mempunyai 30 unit jet pejuang berbaik itu dan menggunakannya dengan cemerlang untuk mengatasi rakan AS, Iraq dalam Perang Iran-Iraq

Pasukan Tentera Udara Iran sangat mahir mengendalikan Tomcat sehinggakan sebuah F-14 mampu mengalahkan banyak jet pejuang musuh tanpa perlu melepaskan sebarang tembakan. Kebanyakan downing Tomcat berada dalam tangan pihak bateri SAM Iran.

Namun, AS akhir mempunyai jet pejuang yang lebih baik walaupun Tomcat cukup ikonik. Sejak Tomcat, kemajuan teknologi jet pejuang AS berkembang sangat pesat sehingga lahirnya jentera seperti F-22 dan F35.

Jadi, adalah logik untuk AS menamatkan khidmat F-14 pada tahun 2007 memandangkan jet pejuang terkininya memiliki radar seperti Bumblebee dan mampu memusnahkan jentera musuh sebelum ia melihatnya.

Apabila Iran mendengar berita khidmat F-14 ditamatkan, Ketua Pegawai Eksekutif Northrop Grumman mahu menjual alat ganti jet pejuang berkenaan. Namun, perkara itu tidak berlaku kerana bekas Presiden AS, George W. Bush menyifatkan Iran sebagai ‘Paksi Kejahatan’, bersama Korea Utara.

Jadi, idea untuk tidak mahu menjual alat ganti F-14 yang sukar diperolehi bukan kerana bimbang inventorinya berkurangan. Tetapi impak yang boleh disebabkan oleh Tomcat yang menjadi punca utama. Sebab itulah Pentagon melupuskan semua F-14 yang masih ada.

Adakah AS terpaksa melupuskan jet pejuang bernilai AS$38 juta (RM159 juta) hanya kerana supaya Iran tidak boleh membaiki pesat juang yang kian berusia? Tidak. Menurut banyak pakar keselamatan negara, langkah itu lebih bersifat simbolik dan bukannya praktikal.

Alat ganti F14 dianggap sebagai komponen sensitif dan AS tidak menjualnya kepada sesiapa pun. Ini kerana ia bimbang alat ganti tersebut akan dibeli oleh Iran. Jadi tiada apa yang boleh dilakukan oleh Iran selain membiarkannya semakin tua ditelan usia.

“Usia pesawat pejuang ini mungkin sama seperti kereta Chevrolet di Cuba. Walaupun mereka boleh menggunakannya, Iran perlu berdepan dengan pesawat juang jauh lebih canggi,” kata bekas timbalan ketua anti keganasan AS semasa zaman pemerintahan Bush, Larry C. Johnson.

Bagi peminat Tomcat, mereka beranggapan adalah lebih baik jika ia disumbangkan kepada muzium. – Business Insider

Google ads
Back to top button