Buletin

TOYOTA TIDAK AKAN KEMBANGKAN OPERASI DI INDIA. BENGANG DENGAN STRUKTUR CUKAI KERETA

Toyota Motor Corp. mengeaskan bahawa ia tidak akan mengembangkan operasinya di India kerana struktur cukai yang tinggi.

Pengumuman itu nyata memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang cuba untuk menarik minat syarikat-syarikat asing untuk merancakkan kembali ekonomi India yang terjejas teruk akibat COVID-19. 

Kerajaan India mengenakan cukai kereta dan motosikal yang sangat tinggi. Ini membuatkan syarikat sukar untuk terus berkembang. Levi tinggi juga menyebabkan ramai yang tidak mampu memiliki kereta. Sekali gus kilang tidak banyak hasilkan kereta dan tiada peluang pekerjaan baharu ditawarkanla. 

“Mesej yang kami terima ialah selepas kami datang ke sini dan melabur, kami tidak mahu kamu. Kami tidak akan keluar dari India, kami cuma tidak akan besarkan operasi. Kerajaan ingat sektor ekonomi macam buat arak dan dadah,” kata Naib Pengerusi Toyota Kirloskar Motor, Shekar Viswanathan. 

Toyota yang merupakan antara pengeluar kenderaan terbesar di dunia mula beroperasi di India pada tahun 1997. Walaupun Toyota Kirloskar akan terus komited ke atas pasaran India dan melindungi para pekerjanya, ia mengakui usaha untuk menggunakan semua kapasiti sedia ada mengambil masa. 

Toyota yang menjalin kerjasama dengan Suzuki Motor Corp akan menjual beberapa model Suzuki menggunakan jenamanya. Ia kini hanya menggunakan 20 peratus daripada kapasiti sebenar kilang keduanya di India.  

Di India, cukai yang dikenakan ke atas kereta, motosikal dan SUV adalah sebanyak 28 peratus. Itu tidak termasuk levi tambahan bermula 1 hingga 22 peratus,bergantung kepada jenis kereta dan saiz enjin. Sebagai contoh, sebuah SUV sepanjang 4 meter dengan enjin lebih 1,500cc dikenakan levi sebanyak 50 peratus. 

Cukai berkenaan mematikan minat pelabur asing, mengurangkan margin pengeluar dan menyebabkan kos pelancaran model baharu begitu sukar. 

Walaupun perbincangan tentang pengecualian cukai di antara kementerian sedang berjalan, namun mungkin tiada kata putus dapat diberikan dalam masa terdekat. 

Sebelum penularan wabak COVID-19, jualan kenderaan di India sudah mengalami kejatuhan teruk yang menyebabkan hampir setengah juta orang hilang kerja. Penganalisis menjangkakan jualan mungkin kembali pulih ke tahap sebelum wabak dalam tempoh empat tahun lagi. – Bloomberg 

Google ads
Back to top button