Buletin

HARLEY DAVIDSON KIBAR BENDERA PUTIH DI INDIA

Negara India merupakan pasaran dua roda terbesar di dunia dan paling sensitif terhadap harga produk berkenaan.

Pendapatan per kapita negara menentukan skuter dan motosikal mana yang dibeli di negara terpadat kedua di dunia ini.

Begitupun, Harley Davidson gagal memahami prinsip tersebut.

Menurut laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS), Harley Davidson akan meninggalkan negara India sekali gus menutup kilang di Bawal dan memberhentikan kira-kira 70 pekerja.

Syarikat pengeluar AS itu turut mengucapkan selamat tinggal kepada operasi jualan dan pengeluaran memaklumkan kesukaran Harley Davidson dalam memenuhi keperluan hari ini.

Motosikal terlaris di India memiliki pengalihan sehingga 125 sentimeter padu dan ia semestinya jelas bagi Harley Davidson satu dekad lalu ketika menubuhkan kedai di negara berkenaan.

Mampu milik merupakan kata kunci dalam pemasaran motosikal di negara terbabit. Model Street 750 yang dijual pada harga AS$6,370 (RM 26,572) terlalu mahal.

Sebagai contoh, model motosikal Hero Splendor merupakan jentera paling laris di India dijual pada harga AS$715 (RM2, 982) manakala versi lebih mahal hanya mencecah AS$930 (RM3,879).

Pada awal tahun, gergasi pemotoran berpangkalan di Milwaukee itu melaporkan penjualan terkumpul sebanyak 25,000 unit dalam tempoh 10 tahun di India.

Jualan global turut meningkat dengan separuh daripada jualan jumlah keseluruhan pada tahun 2020 disumbang pasaran AS.

Syarikat berkenaan dijangka mengalami fasa pemulihan selepas mendapat pengurusan baharu. – agensi.

Google ads
Back to top button