BuletinMotosikal

JOHN MCPHEE RAIH PODIUM PERTAMA MOTO3 PETRONAS SRT

Pelumba Moto3 pasukan Petronas SRT merasai kemenangan pertama apabila penunggangnya, John McPhee dari Great Britain memenangi Grand Prix Perancis semalam.

Pelumba berusia 24 tahun itu menamatkan perlumbaan yang di litar Le Mans dalam masa 37 minit dan 48.689 saat, yang hanya menyaksikan 17 daripada 29 pelumba menamatkan perlumbaan.

Pmain Lorenzo Dalla Porta (+ 0.106s) dari Leopard Racing, menduduki tempat kedua, diikuti oleh pelumba Sepanyol  Aron Cadet (+ 0.757s) dari Sterilgarda Max Racing, manakala rakan sepasukan McPhee, Ayumu Sasaki menduduki tempat ke-14.

Selepas gagal mendahului 10 teratas dalam empat perlumbaan pertama musim ini, ia merupakan persembahan terbaik dari McPhee untuk kemenangan kedua Moto3 dalam kerjayanya, selepas memperoleh kemenangan pertamanya di Republik Czech pada 2016.

“Saya tidak dapat komen apa-apa, saya berasa begitu beremosi. Ia berhasil setelah saya berjuang sepanjang musim. Mengimbas kembali ke empat perlumbaan pertama, ia adalah sukar untuk memberi sebarang komen.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

“Jadi saya diam dan cuba mengekalkan prestasi.”katanya.

Dengan kemenangan itu, McPhee naik ke tempat ke sembilan dalam Kejohanan Moto3 dengan 34 mata selepas lima perlumbaan.

Tags
Google ads
Back to top button