Advertorial

MELAKAR IMPIAN BERSAMA PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX

Dalam dunia sukan permotoran tempatan, PETRONAS Malaysian CubPrix bukan sekadar deruman enjin dan aksi di selekoh tajam. Ia adalah tempat lahirnya bakat baharu dan penyatuan komuniti yang percaya bahawa setiap perjalanan hebat bermula dengan satu langkah berani.

Di sinilah PETRONAS memainkan peranan penting. Tahun demi tahun, syarikat petroleum nasional ini menjadi tunjang kepada pembangunan pelumba muda, mekanik dan pasukan tempatan dengan menyediakan platform profesional untuk mereka mengasah kemahiran secara konsisten.

SPRINTA: KUASA DI BALIK KEMENANGAN DAN PERJALANAN HARIAN
Dari litar ke jalan raya, PETRONAS Sprinta menjadi teman setia yang memastikan enjin sentiasa berada pada prestasi optimum.

Dirumus untuk menahan tekanan ekstrem motosikal moden, rangkaian minyak enjin Sprinta termasuk F700 dan F900, dibangunkan bagi memberikan perlindungan menyeluruh, kawalan lebih yakin serta kecekapan enjin lebih baik. Pendek kata, ia membantu memanjangkan hayat motosikal sambil mengekalkan prestasi yang konsisten.

Antara produk yang menjadi taruhan utama ialah PETRONAS Sprinta F700 15W-50. Dengan teknologi UltraFlex™, minyak enjin ini direka untuk bertindak balas serta-merta terhadap keperluan kritikal enjin, gear dan klac.

Hasilnya? Perlindungan yang segera, tindak balas lebih pantas, dan keyakinan maksimum setiap kali pendikit dipulas.

Tidak kira anda pelumba profesional atau penunggang harian yang saban hari meredah trafik bandar, Sprinta direka untuk menjaga jantung motosikal anda.

CubPrix: DI SINI IMPIAN DIBINA

PETRONAS Malaysian CubPrix terus menjadi platform terbaik untuk melahirkan ikon permotoran negara. Dengan sokongan berterusan PETRONAS, ramai pelumba muda kini mempunyai peluang cerah untuk melangkah lebih jauh dalam karier masing-masing, malah ada yang berjaya menembusi arena antarabangsa.

JOM SERTAI PERJALANAN INI!

Sudah tiba masanya anda merasai sendiri kehebatan PETRONAS Sprinta. Dirumus dengan teknologi perlindungan enjin terkini, PETRONAS Sprinta menawarkan prestasi dan ketahanan yang boleh anda percayai untuk tunggangan harian.

Cuba PETRONAS Sprinta hari ini dan rasai perbezaannya.

Google ads
Back to top button