Buletin

TOYOTA SUPRA AUSTRALIA – RM245K SAHAJA (STOK TAK BANYAK)

2019 boleh dikatakan sebagai tahun Toyota Supra. Media sana-sini bercerita tentang Supra baharu, kami tak pasti sama ada model Toyota lain mendapat liputan sehangat ini.

Atau mungkin kali terakhir ialah semasa Toyota GT86?

Apa yang jelas ialah nama Toyota semakin harum di kalangan peminat kereta berprestasi dan ianya turut disumbangkan oleh penyertaan Toyota ke dalam acara perlumbaan seperti WRC dan Le Mans.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Selepas ditayangkan di pentas antarabangsa kini tiba masanya Toyota Supra baharu diagihkan ke pasaran utama.

Toyota baru sahaja mengumumkan penawaran Supra di Jepun dan kini tiba giliran Toyota Australia pula.

GR Supra akan tiba di Australia pada awal September depan dan tempahan mula dibuka pada 12 tengah hari 19 Jun.

Tempahan pula bukan boleh dibuat di bilik pameran seperti biasa tetapi hanya dengan satu kaedah iaitu secara dalam talian.

Sebabnya ialah permintaan yang banyak dan jumlah terhad pengeluaran terhad.

Untuk pusingan pertama hanya 100 unit Supra ditawarkan sebelum ia ditutup sementara menunggu agihan baharu.

Agihan untuk 12 bulan pertama ialah sebanyak 300 unit sahaja. Kaedah tempahan dalam talian juga dibuat untuk memastikan pengagihan yang adil dan pengalaman unik kepada pelanggan.

Berikut ialah cara sistem tempahan GR Supra dalam talian berfungsi:

  • Kesemua tempahan akan melalui proses berpusat dengan pengurusan jualan dan penghantaran diuruskan oleh rangkaian pengedaran meluas Toyota
  • Agihan akan dibuat secara rawak melalui sistem komputer bagi memilih 100 pelanggan awal dan mereka yang bertuah akan ke peringkat seterusnya iaitu melengkapkan proses pendaftaran
  • Pelanggan yang berjaya akan menerima pengesahan dalam tempoh 24 jam sebelum menerima panggilan telefon daripada kakitangan khas untuk tempahan Supra
  • Kakitangan khas tersebut akan membantu sepanjang proses pembelian

Mereka yang gagal dalam pusingan pertama akan menerima maklumat lanjut tentang masa tempahan seterusnya.

Toyota Supra TRD

Toyota merancang untuk membuka beberapa kali ruang tempahan pada tahun pertama berdasarkan ketersediaan kereta.

Pelanggan juga boleh membatalkan tempahan mereka pada mana-mana peringkat sebelum penghantaran kereta.

Berbeza dengan pasaran Jepun yang ditawarkan dua jenis enjin iaitu 2.0L dan 3.0L, pelanggan di Australia hanya ditawarkan dengan enjin tunggal 3.0L enam silinder sebaris sahaja.

Dua varian ditawarkan iaitu GR Supra GT pada harga AUD84,900  (RM245,149) dan GR Supra GTS pada harga AUD94,900 (RM274,087).

Kuasa Toyota GR Supra 3.0L ialah 335hp dengan daya kilas 500Nm dengan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.4 saat sahaja.

GR Supra menggunakan pacuan roda belakang dengan transmisi lapan kelajuan automatik. 

*1 AUD = RM2.887

BACA: TRD PERKENAL AEROKIT GENTIAN KARBON UNTUK SUPRA 2020 DI JEPUN

BACA: BERAPA TAHAP PENGGUNAAN PETROL TOYOTA SUPRA? INI JAWAPANNYA…

BACA: #IKLANPILIHAN: TOYOTA SUPRA JZA80. INI JDM SEBENAR!

 

Tags
Google ads
Back to top button