Buletin

JPJ NAFI KENAKAN BAYARAN RM50 UNTUK TUKAR GERAN LAMA KEPADA VOC

Jabatan Pengangkutan Jalan telah menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa JPJ akan mengenakan bayaran RM50 untuk menukar Sijil Pendaftaran Kenderaan (RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai Januari tahun depan.

Ibu pejabat JPJ dalam satu kenyataan berkata, caj RM50 itu hanya untuk salinan VOC oleh pemilik kenderaan yang sama ada KEHILANGAN dokumen pendaftaran asalnya atau mahu membuat PINDAAN kepadanya.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa JPJ kini berada dalam fasa ketiga dalam proses penggantian RC ke VOC.

Dalam mesej yang tersebar sejak beberapa hari lepas, antara lain menyatakan bahawa berkuatkuasa 1 Jan, 2020, penukaran kad pemilikan kenderaan tersebut akan menelan kos RM50, dan menggesa pemilik kenderaan untuk membuat penggantian sebelum tarikh akhir pada 31 Disember.

Langkah untuk menggantikan RC kenderaan dengan VOC telah dilaksanakan pada 1 Jun 2016 dalam tiga peringkat, dengan JPJ mensasarkan pada 1 Januari, 2020, semua pemilik kenderaan berdaftar untuk menggantikan RC kenderaan mereka dengan VOC.

Google ads
Back to top button