
Buletin
TERTEKAN PEDAL MINYAK, PORSCHE REMPUH LOBI HOTEL DI PULAU PINANG
Akibat tertekan pedal minyak, kereta dipandu wanita 61 tahun terbabas lalu merempuh lobi sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini, hari ini.
Kejadian membabitkan kereta jenis Porsche itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata siasatan awal mendapati kejadian jam 11.15 pagi.

Kejadian ketika wanita terbabit dalam perjalanan pulang selepas melawat keluarga.
“Dia kemudian tersilap tekan pedal minyak kereta lalu terlanggar lobi hotel berkenaan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Abdul Rozak, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Berita Harian









