
VIRAL! EV INI BAWA ‘POWER BANK’ GERGASI, TAK TAKUT BATERI HABIS
Satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta elektrik dipandu di jalan raya sambil membawa panel solar di bahagian belakang menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian ramai.
Kenderaan itu dipercayai dirakam di wilayah Sumatera Utara, Indonesia, berdasarkan nombor pendaftaran bermula dengan kod “BK” serta papan tanda arah menuju Medan–Binjai yang kelihatan dalam video tersebut.
Panel solar yang dipasang pada kenderaan berkenaan dipercayai berfungsi sebagai sumber tambahan untuk mengecas bateri ketika kereta sedang bergerak, sekali gus menawarkan alternatif bagi memanjangkan jarak perjalanan.
Pendekatan itu dilihat mampu membantu mengurangkan kebimbangan pengguna EV terhadap masalah kehabisan kuasa bateri, khususnya ketika memandu dalam perjalanan jauh.
Perkongsian video tersebut turut menerima sambutan positif daripada pengguna media sosial.
Ramai menyifatkan idea itu sebagai inovasi kreatif yang berpotensi menyumbang kepada perkembangan teknologi dan penggunaan kenderaan elektrik pada masa depan. – Kosmo
- BACA: MARUTI SUZUKI HILANG TAKHTA, PEMBELI DI INDIA BERUBAH SELERA
- BACA: GWM MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN TOUCH ‘N GO, SOKONG MOBILITI LEBIH PINTAR
- BACA: GEELY GALAXY TT ULTRA DIBUKA UNTUK PRA-TEMPAHAN DI CHINA, TAMPIL SISTEM PACUAN ELEKTRIK 16-IN-1 PERTAMA DUNIA
- BACA: CFMOTO 800MT-ES TIBA DI EROPAH – DENGAN SUSPENSI ELEKTRONIK, RADAR








