Buletin

JUMPA TENGAH JALAN, KELUARGA PULANGKAN WANG TUNAI RM4.35 JUTA

Jabatan sheriff di negeri Virginia, Amerika Syarikat memuji sifat bertanggungjawab dan jujur sebuah keluarga yang memulangkan dua buah beg besar berisi wang tunai.

Beg yang mengandungi wang hampir AS$1 juta (RM4.35) itu ditemui oleh Emily Schantz apabila dia dan keluarganya sedang memandu.

Pada mulanya, dia ingat terlanggar beg sampah, sebelum terjumpa satu lagi beg berhampiran longkang. Mereka hanya menyedari beg tersebut mengandungi wang tunai yang dibungkus kemas di dalam plastik apabila tiba di rumah.

Tidak menyifatkan kejadian itu sebagai durian runtuh, keluarga Schantz sebaliknya menyerahkan beg tersebut ke pejabat sheriff di Caroline County, dekat Richmond.

“Untuk seseorang yang sangat jujur dan sanggup memulangkan wang tunai hampir 1 juta dollar, ini memang luar biasa. Kami berbangga dan mereka menunjukkan bahawa wara negara ini memang jujur,” kata ketua jabatan polis, Mejar Scott Moser.

Schantz memberitahu media bahawa mereka hanya melakukan perkara yang betul. “Wang itu bukan hak kami,” katanya.

Pihak berkuasa menyatakan mereka tidak tahu bagaimana wang tersebut boleh berada di atas jalan. Namun mereka percaya wang itu telah dihantar ke bank. – AFP

Google ads
Back to top button