Buletin

PENGGUBAHAN WANG HARAM, BUGATTI VEYRON MUNGKIN DILUPUS DI ZAMBIA

Kelibat supercar dari Perancis ini jarang kali dilihat menyusuri jalan raya serata dunia. Bugatti bagaimanapun tidaklah terlalu asing bagi negara maju seperti Amerika Syarikat, Dubai, Jerman atau Monte Carlo.

Namun, andai Bugatti Veyron  dilihat dipandu di negara miskin seperti Zambia, ia pasti menimbulkan pelbagai persoalan. Maka tidak hairanlah jika satu klip video yang dikongsi di media sosial tular dalam kalangan penduduk tempatan.

Video pendek itu menunjukkan sebuah Bugatti Veyron disita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kauda, Lusaka. Langkah penyitaan itu dibuat oleh Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah Zambia (DEC).

DEC dilapor sedang menyiasat sama ada kereta mewah yang berharga AS$2 juta (RM8.73 juta) itu melanggar undang-undang penggubahan wang haram atau sebaliknya.

Veyron itu dikatakan menjadi kereta paling mahal pernah diimport ke Zambia. Sekiranya didapati bersalah, ia mungkin akan dimusnahkan seperti sebuah Ferrari LaFerrari beberapa tahun lalu di Afrika Selatan kerana pemiliknya tidak mematuhi proses import.

Walaupun asas kepada siasatan masih lagi kabur, jurang perbezaan ekonomi rakyat Zambia yang sangat ketara membuatkan pengimportan kereta mahal sebegini pantas mendapat perhatian.

Menurut DEC, mengambil sebarang tindakan mereka akan menjalankan siasatan berkenaan urusan jual beli sama ada ia membayar duti import atau sebaliknya.

Menurut laporan IOL, Veyron itu merupakan mode Sang Noir Special Edition. Hanya 12 unit dibina, jentera tersebut dijana oleh enjin W16 bersesaran 8.0 liter yang mampu menjana kuasa 987hp.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button