Buletin

KAH MOTOR PERKENALKAN HONDA NSX DI SINGAPURA!

Kah Motor Co., Sdn. Bhd. (Kah Motor) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan supercar Honda NSX ke pasaran Singapura.

Next Generation Acura NSX Unveiled

Jentera tersebut dilancarkan oleh pemandu pasukan McLaren-Honda, Fernando Alonso bersama Ketua Pembangunan Global NSX daripada Honda R&D Americas, Inc., Ted Klaus.

Direka khas untuk membawakan “New Sports eXperience”, NSX kini dibuka untuk tempahan. Sedia maklum bahawa NSX mengaplikasikan pelbagai teknologi tercanggih. Antaranya termasuklah unibody aluminium sepenuhnya.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (8)

Casisnya kemudian dipasang dengan enjin transverse V6 bersesaran 3.5 liter dan sistem hibrid termaju. Ia dikatakan memiliki rangkaian kuasa hibrid paling intutif dalam pasaran supercar. Enjin itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar sembilan kelajuan.

Gabungan itu membolehkan NSX mempunyai kuasa 576hp dan mampu memecut dengan kelajuan lebih 300km/j.

Dibangunkan di bawah konsep supercar yang berpusat kepada manusia, ia jelas mengutamakan pemandu dalam setiap rekaannya. NSX dihasilkan di Pusat Pengilangan Honda Performance serba baharu di Ohio, Amerika Syarikat.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (1)

Honda menjadi pengeluar dari Jepun pertama yang menghasilkan supercar. Sejak 25 tahun lalu, NSX menjadi simbol ikonik keupayaan teknologi Honda. Setiap NSX dijamin sedia untuk beraksi di atas litar sebaik sahaja ia keluar dari kilang.

“Kami sangat berbesar hati kerana menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang melancarkan NSX serba baharu. Jumlah peruntukan adalah sangat terhad dan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat,” kata Pengurus Besar Kah Motor, Nicholas Wong.

Honda NSX didatangkan dalam lapan warna menarik seperti hitam, perak, putih, biru, kelabu dan merah. Jentera ini hadir bersama jaminan eksklusif selama lima tahun tanpa had perbatuan. Kah Motor turut memberi jaminan selama 10 tahun untuk bateri hibrid NSX.

Google ads
Back to top button