Motosikal

SKUTER MAXI ELEKTRIK BMW C EVOLUTION

BMW Motorrad USA baru-baru ini mengesahkan bahawa skuter elektrik BMW C Evolution bakal dipasarkan ke negara Uncle Sam itu tidak lama lagi.

BMW-C-Evolution-electric-scooter-USA-mekanika (5)

Perkembangan itu dilihat sebagai satu momen penting untuk skuter maxi elektrik. Memandangkan BMW Motorrad menjadi antara pengeluar motosikal yang menawarkan produk sebegitu.

BMW-C-Evolution-electric-scooter-USA-mekanika (3)

Skuter itu dikatakan mampu bergerak sejauh 161km dengan sekali caj untuk versi jarak jauh (Long Range). Sementara varian standar pula, ia boleh mencapai jarak sejauh 100km dengan sekali caj.

Pasaran Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun hanya akan menerima varian Long Range. Ia dilihat sesuai berikutan infrastrukturnya jauh berbeza dengan apa yang ada di negara-negara Eropah.

BMW-C-Evolution-electric-scooter-USA-mekanika (4)

Jentera ini dipacu oleh rangkaian kuasa yang telah dinaik taraf, melibatkan peningkatan kuasa sebanyak 15hp. Kuasa maksimum bagaimanapun kekal pada 48hp.

Buat masa sekarang, pecutan maksimum hanya 120km/j. jadi, ia dilihat sesuai untuk kegunaan di Bandar. Tetapi, pecutan secara berterusan akan membuatkan kuasa bateri cepat habis.

BMW-C-Evolution-electric-scooter-USA-mekanika (2)

Namun, BMW Motorrad menyatakan pihaknya telah meningkatkan jarak perjalanan BMW C Evolution dengan menggunakan sel bateri baru yang turut didapati pada kereta elektrik BMW i3. Jadi, kuasa sel bateri itu bertambah daripada 60Ah kepada 96Ah.

Selain AS, BMW C Evolution Long Range juga ditawarkan di pasaran Jepun, Korea Selatan dan Rusia. Manakala versi short-range (A2) dan Long Range (A1)  kini boleh didapati di Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Switzerland, Austria, Belanda, Belgium, Luxembourg, Portugal, Ireland  dan China.

Google ads
Back to top button