Buletin

KBS RALLY SPRINT 2025 KEMBALI. AJOOOOMMM!

Pasca Covid-19, sukan rali yang sememangnya suram semenjak dari tahun 2018 cuba bangkit perlahan – lahan dengan penganjuran acara Rally Sprint yang dilihat lebih mudah penganjuran dan mesra peminat. Dan orang yang sanggup bersusah payah tidak lain dan tidak bukan adalah mantan juara MRC dua kali, Roduwan Rashid.

Usai penganjuran kali terakhir KBS Rally Sprint 2024 pada Oktober tahun lalu, terus sepi perlumbaan yang sememangnya semakin mendapat tempat dikalangan penggiat sukan rali terutamanya buat orang baharu. Jadinya marilah kita baca apa yang menarik tentang KBS Rally Sprint 2025 ini yang pastinya akan terus menerima sambutan peminat rali tempatan.

  • Acara perlumbaan Rally Sprint ini sepatutnya dianjurkan pada bulan Oktober yang lalu setelah pengumuman rasmi mengenai penganjurannya dibuat lebih awal namun terpaksa ditunda setelah terdapat masalah teknikal.
  • Mujurlah juga sebelumnya terdapat penganjuran acara perlumbaan rali yang dianjurkan oleh Haji Sutan dan MAM. Terubat jugalah peminat sukan rali untuk melihatkan perlumbaan rali di permukaan tanah merah / ladang sawit.
  • Dan akhirnya setelah dinanti, Roduwan Rashid telah pun mengumumkan secara rasminya bahawa tanggal 21 – 22 Disember 2025 adalah tarikh penganjuran KBS Rally Sprint.
  • Walau pun terdapat beberapa cadangan venue penganjuran, (Litar Sepang / KL Base / MAEPS) Roduwan Rashid akhirnya kembali memilih MAEPS atas beberapa faktor. Walau pun dilihat mungkin kurang mencabar berbanding KL Base, namun pemilihan MAEPS ada juga baiknya dengan fasiliti penganjuran yang lebih lengkap serta ditambah dengan faktor logistik yang hanya berlokasikan kawasan parkir berhampiran sahaja. Tak adalah mengah rakan – rakan media nak mengejar kereta rali hujung ke hujung dunia mendapatkan sudut yang menarik untuk mengambil gambar.
  • Sudah tentu Roduwan Rashid mengharapkan kehadiran pemandu regular untuk turut serta seperti Saladin Mazlan, Haji Sutan Mustaffa, Faidzal Alang, Syakirin Razaki, Khairul Nizam serta pemandu lagenda rali negara Karamjit Singh.
  • Yang pasti, dengan yuran penyertaan serendah RM500 (privateer), anda sudah boleh menyertai Rally Sprint ini. Untuk kategori Rally Rookie, anda yang baharu nak berjinak dengan sukan rali juga boleh menyertainya dengan memandu kereta standard kilang di bawah 1300cc (Bezza / Saga / Myvi / Savvy / Tiara pun boleh sesah buat main rali).
  • Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh ikuti rapat laman media sosial rasmi, FB Rally Sprint.

BACA : KBS RALLY SPRINT 2024 – SALADIN MAZLAN KEMBALI MUNCUL JUARA

BACA : KBS RALLY SPRINT & KBS KLASS RALLY OKTOBER INI. MAKIN MERIAHLAH DUNIA RALI

Google ads

B K

Back to top button