
Buletin
KBS RALLY SPRINT & KBS KLASS RALLY OKTOBER INI. MAKIN MERIAHLAH DUNIA RALI
Setelah berlangsung dengan jayanya acara perlumbaan KBS Rally Sprint 2024 pada bulan Februari yang lalu, khabarnya pusingan berikutnya untuk siri kedua KBS Rally Sprint ini akan kembali berlangsung pada bukan Oktober nanti.
Sedikit info mengenai KBS Rally Sprint ini untuk bacaan seperti berikut:
- Asalnya acara KBS Rally Sprint ini diadakan bagi mengubati kedukaan hati buat penggiat rali yang sudah beberapa tahun tidak mempunyai perlumbaan rali secara kompetetif.

- Cumanya perlumbaan ini diadakan di atas permukaan tarmac bagi membolehkan peserta dari cabang sukan permotoran seperti drift / gymkhana / trek untuk turut serta beraksi dalam acara kbs Rally Sprint ini yang lebih bersifat mesra peserta & mesra penonton
- Roduwan Rashid dan beberapa orang kanan dan kiri beliau seperti Henzee Hamzah dan Zaidi Tajudin akan sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai orang kuat penganjuran perlumbaan ini yang telah pun bermula semenjak dari tahun 2022 lagi dengan lokasi perkarangan parkir Litar Sepang menjadi lokasi perlumbaan edisi sulung penganjurannya oleh X-One Motorsports Club.

- Untuk KBS Rally Sprint berikutnya, ia akan diadakan pada 26 & 27 Oktober dengan lokasinya akan dimaklumkan kelak dalam laman media sosial rasmi mereka. Katanya ada dua calon lokasi yang menarik sedang dipertimbangkan. Moga – moga jadilah buat di tepi jalan besar tu.
- Acara pembukaan KBS Rally Sprint pada Februari yang lalu dimenangi oleh Mitch Chong yang merupakan seorang peserta Gymkhana. Tempat kedua menjadi milik otai rali, Haji Sutan dan seorang lagi bekas pemandu rali yang juga kini merupakan pemandu trek, Shafiq Shamsudin berada di tempat ketiga keseluruhan.
- Sebelum penganjuran Rally Sprint, seperti biasa x-One Motorsports Club juga akan mengadakan KBS Klass Rally selama 2 hari pada 5 – 6 Oktober khusus untuk bakat baharu yang ingin menceburkan diri dalam sukan rali yang akan diadakan di MAEPS, Serdang.

- Menurut Roduwan Rashid, hari pertama KBS Klass Rally akan mengkhususkan tentang teori mengenai sukan rali manakala hari kedua akan diadakan simulasi perlumbaan rali dengan peserta akan berlumba olok – olok menggunakan kenderaan sendiri. Akan ada pemarkahan diambil dan pemenangnya akan diberikan peluang beraksi dalam KBS Rally Sprint kategori Rookie Cup dengan yuran penyertaan akan ditanggung oleh penganjur. Amacam? Menarik bukan.
BACA : KBS RALLY SPRINT 2024 – MITCH CHONG MEMBUAT KEJUTAN UNTUK MENANG
BACA : SALADIN MAZLAN SEKALI LAGI MENGUNGGULI RALLY SPRINT 2023

