Artikel Pilihan

KENAPA BATERI BYD BLADE LAGI POWER DARI BATERI ION LITHIUM TESLA?

Salah satu syarikat pengeluar kereta elektrik yang paling popular di China ialah BYD malah untuk pasaran dunia. Pada tahun 2022, BYD menjual 2.2 juta unit kereta elektrik dan menduduki tempat pertama dalam carta jualan dunia. Malah jika dibandingkan dengan tahun 2021, angka jualan BYD melonjak naik sehingga 153% pada tahun 2022

Salah sat inovasi teknologi yang diperkenalkan oleh BYD ialah Blade Battery yang sangat maju sehinggakan Tesla mungkin akan menggunakan Blade Battery pada model terbaru mereka nanti. Blade Battery merupakan ciptaan BYD sendiri menerusi anak syarikat mereka iaitu FinDreams Battery yang diperkenalkan pada tahun 2020.

Rekaan bateri ini berbentuk seperti bilah (blade) dengan terminal positif dan negatif berada pada hujung bilah bateri ini. Setiap Blade Batteru datang dengan panjang 96cm, tinggi 8.9cm dan lebar 1.34cm. Bateri ini disusun dalam rapat antara satu sama lain bagi mengurangkan penggunaan ruang sehingga 50% jika dibandingkan dengan bateri silinder 4680 Tesla.

Disebabkan mampu memuatkan bateri yang lebih banyak dalam ruang yang terhad, maka tenaga yang boleh disimpan dalam pek bateri juga adalah lebih banyak. Blade Battery juga direka sebagai struktur yang menyokong bateri, menjadikan pek bateri lebih kuat dan selamat.

Salah satu aspek yang menjadi perhatian dalam penggunaan bateri ialah aspek keselamatan, dimana jika terbabit dalam kemalangan yang luar jangka, maka bateri boleh terbakar. Malah dalam sesetengah keadaan, haba yang terhasil dalam sel bateri juga boleh mencetuskan kebakaran.

Blade Battery menggnakan lithium iron phophate (LFP) untuk dijadikan sebagai bahan binaan katod, dan kelebihan LFP ialah ia lebih stabil berbanding dengan lithium ion. LFP masih lagi stabil dan tidak terbakar walaupun pada suhu 500 darjah Celcius

Blade Battery juga lulus ujian “Everest” dimana prosedur ujian ini termasuklah mencucuk bateri agar bocor, tapi Blade Bateery lulus cemerlang dan tidak terbakar disebabkan litar pintas. Jika berlaku pada bateri jenama lain, suhu bateri menjadi panas dan boleh mencetuskan kebakaran. Blade Battery kekal pada suhu 30-60 darjah Celcius sahaja

Malah BYD turut melakukan ujian paling ekstrim dengan membenarkan lori seberat 46 tan memijak Blade Battery ini, tanpa sebarang kerosakan, asap, terbakar, bocor mahupun kemik. Tak cukup dengan itu, pasukan penguji mengecaj bateri ini sehingga 260% dan masih lagi gagal merosakkan bateri ini

Namun terdapat juga beberapa kemalangan yang melibatkan EV BYD, bateri ini tetap terbakar tanpa sebab yang jelas. BYD hanya mengatakan pemilik gagal menukar cecair penyejuk bateri mengikut spesifikasi dan masa yang telah ditetapkan oleh mereka.

Buat masa sekarang Tesla telah menggunakan Blade Battery bagi Tesla Model Y yang dipasang di Gigafactory Berlin. Tesla tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengapa ia memilih Blade Battery untuk Berlin melainkan kita hanya boleh meneka ia mungkin disebabkan isu alam sekitar

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan Tesla akan menggunakan Blade Battery generasi baru bagi Tesla Model 2 yang lebih murah sebagai kereta elektrik mampu milik dengan harga anggaran RM 110,000

Google ads
Back to top button