Buletin

FORD METERAI PERJANJIAN DENGAN PT VALE INDONESIA – WUJUD KEMUDAHAN PEMPROSESAN NIKEL

Ford baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi dari Indonesia serta China untuk mewujudkan kemudahan pemprosesan nikel bernilai AS$4.5 bilion (RM19.8 bilion) di Indonesia.

Selain PT Vale Indonesia, Ford turut bekerjasama bersama Zhejiang Huayou Cobalt Co. dari China dalam projek tersebut.

Ford, Huayou dan PT Vale menggelar projek ini sebagai projek pemprosesan tiga hala yang menghasilkan 120,000 tan nikel terkawal setahun ,sekali gus membolehkan bateri kos rendah dihasilkan.  

Perjanjian itu termasuklah melibatkan bekalan berasingan antara Amerika bersama Huayou untuk bahan katod precursor yang akan membantu Ford memenuhi keperluan bateri litium-ionnya.

“Rangka kerja ini memberikan Ford kawalan langsung bagi mendapatkan keperluan nikel. Kami juga mahu memastikan nikel dilombong sejajar sasaran kemapanan syarikat.

“Hal ini menjadikan model EV Ford lebih mudah diakses,” kata Naib Presiden Perindustrian Model Ford e EV, Lisa Drake.

Selaras dengan visi Ford, pengeluar itu merancang mengeluarkan lebih daripada 2 juta kenderaan setahun menjelang 2026.

Sebelum ini, kumpulan alam sekitar menentang pengeluaran nikel Indonesia kerana iaa bakal mencemarkan tapak pengeluaran utama.

Memberi maklum balas terhadap perkara terbabit, Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar tiada pencemaran akan berlaku hingga meletakkan negara itu berada dalam paras bahaya terutama di perairan pantai.

Google ads
Back to top button