Buletin

KENAPA LAMA SANGAT NAK LANCAR SUV PROTON? INI JAWAPAN CEO DR. LI

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa terlalu lama masa perlu diambil untuk memperkenalkan SUV Proton yang diasaskan daripada Geely Boyue.

Semalam, sewaktu pelacaran cawangan 4S Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong memberitahu bahawa ia bukanlah kerja yang mudah.

BACA: SUV PROTON AKAN DILANCAR OKTOBER

Geely tidak pernah ada versi pemanduan sebelah kanan. Jadi “mengalihkan” kedudukan stereng dari kiri ke sebelah kanan sebenarnya merupakan kerja yang rumit.

“Kenderaan di China adalah pemanduan sebelah kiri dan di Malaysia pemanduan kanan. Ia bukan sahaja meletakkan stereng dari kiri ke kanan, banyak perubahan yang perlu dibuat”

“Itulah sebabnya untuk SUV ini, kami menghabiskan 18 bulan untuk membangunkannya, ia sangat rumit.” 

“Lebih daripada 1,000 jurutera Proton bekerja bersama jurutera Geely. Setiap bulan, lebih daripada 100 jurutera bekerja di Hangzhou, SUV ini bukanlah salinan semata-mata, ia adalah pembangunan bersama antara Geely dan Proton.” ujar beliau lagi.

SUV Proton dijadual akan dilancarkan pada penghujung September atau selewat-lewatnya OKtober nanti. Fasa pertama akan melibatkan model import penuh daripada kilang Geely di China.

Proses pemasangan tempatan (CKD) akan dimulakan pada awal tahun hadapan dengan beberapa spesifikasi akan dilengkapkan lagi khas untuk pasaran Malaysia. 

 

Google ads
Back to top button