Artikel PilihanMotosikal

KALAU NAK BERSERONOK TENGOK PELUMBA KEMALANGAN LAKUKAN DI TEMPAT LAIN – MARC MARQUEZ

Respon tersebut diberikan oleh Marc Marquez terhadap segala sorakan dan cemuhan yang diterima beliau dari penonton di Mugello baru-baru ini. Nampak sangat yang sorakan diterima oleh pelumba yang mengalami musibah jauh lagi hebat dari sorakan yang diterima oleh pemenang.

Itulah nasib yang diterima oleh Marquez pada perlumbaan Ahad lepas bila para penonton bersorak dan mengejek setiap aksi yag dilakukan beliau. Bukan itu sahaja respon yang sama turut diterima bilamana imej beliau dipaparkan di skrin-skrin yang berada di sekitar litar ternama Itali tersebut. Boleh tahan jugak perangai sebahagian penonton Itali.

Kemuncak sorakan negatif tersebur kedengaran lebih jelas dan mencapai kemuncaknya bila Marquez terjatuh pada pusingan ketiga pusingan MotoGP tersebut. ‘Sambutan’ dalam bentuk sorakan yang diterima bagaikan sambutan yang diterima oleh penjaring gol dalam perlawanan piala dunia dan ia merupakan sesuatu yang pelik dalam perlumbaan motosikal, sambung Marquez.

Insiden tersebut bukan kali pertama buat Marquez dan beliau tidak pernah terjejas dengan cemuhan dan sorakan penonton. Tahun lepas beliau menerima reaksi yang serupa di Misano bila mengalami kemalangan dan disorak gemuruh oleh penonton. Beliau bertindak balas dengan memberikan ciuman terbang untuk penonton dan menyerang pada pusingan akhir sekaligus menghampakan hero tuan rumah, Danilo Petruci dari mendapat kejuaraan sulung MotoGP.

Kali ini ‘sambutan’ penonton di Mugello lebih hebat sehinggakan kemalangan yang menimpa pelumba penguji pasukan Marquez, Michele Pirro turut menerima reaksi sama dari penonton.

BACA: MOTOGP MUGELLO – KEMENANGAN PERTAMA LORENZO/DUCATI YANG AGAK LEWAT

Walaupun memang sudah menjangkakannya, Marquez menyatakan yang ianya sesuatu yang sangat menyedihkan kerana mereka bergembira dengan kemalangan yang menimpa pelumba yang berhadapan dengan risiko di atas litar. Walaupun tidak pasti dengan jumlah penonton yang terlibat tetapi memang jelas sangat yang mereka ke sana untuk menikmati kemalangan yang menimpa pelumba dan bukannya memberi penghargaan kepada pemenang.

Bayangkan bila seorang pelumba terbaring di atas litar tanpa diketahui hidup atau mati selepas terbabas pada kelajuan 300 km/j dan sebahagian penonton terus bersorak seolah-olah ia sesuatu yang menyeronokkan, tambah Marquez.

Bila ditanya reaksi beliau jika para peminat beliau melakukan aksi yang sama di GP Catalunya selepas ini, Marquez menyatakan yang beliau sentiasa memaklumkan kepada semua peminat beliau agar sentiasa menyokong MotoGP dan menghormati semua pelumba. Itu yang paling penting.

Kalau nak sangat meraikan kemalangan yang menimpa seseorang pelumba, lakukannya di tempat yang sesuai dan tertutup, sambung beliau. Ia melibatkan nyawa pelumba dan kemalangan bukannya sesuatu di dalam kawalan pelumba. Sekurang-kurangnya ada jugak pelumba berhati mulia macam ni kan, kan? Jangan dibawa perangai peminat fanatik bolasepak kampung dalam MotoGP bertaraf dunia okey.

 

Google ads
Back to top button