" "
Artikel Pilihan

HOLDEN BARINA AP4 – KERETA RALI DARI NEW ZEALAND

Apabila bersembang tentang jentera rali daripada keluarga GM, pasti tidak terlintas langsung dalam fikiran kita tentang wakil mereka dalam dunia perlumbaan rali. Sebut kereta rali, kita mudah untuk mengingati Toyota Yaris, Hyundai i20, Ford Fieta mahupun Volkswagen Polo. Tapi tahukah anda bahawa GM turut mempunyai sebuah jentera rali yang laju, Holden Barina AP4 nama diberi.

BACA : HOLDEN BARINA – KERETA YANG REBADGE SEMATA-MATA

BACA : HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA YANG HANDAL

Chasis asal Holden Barina yang turut berkongsi rupa yang sama dengan Chevrolet Aveo ini telah dibina oleh Force Motorsport dari New Zealand. Penglibatan Force Motorsport dalam kancah rali di New Zealand bukanlah calang-calang sebenarnya. Sebelum ini mereka pernah membina kereta rali Mazda 2 AP4.

Oh ya, jikalau sebelum ini ada kategori kereta rali R5, kereta rali kelas AP4 ini sebetulnya duduk di bawah kategori R5. Bahasa mudahnya, kereta rali ini dibina oleh pasukan tempatan yang inginkan sebuah kereta yang berkuasa dan dibenarkan untuk beraksi dalam saingan tempatan dan juga regional. Dan sudah tentulah kos pembinaanya jauh lebih rendah berbanding pembinaan R5.

Dan pembinaan kereta rali daripada jenama Holden ini, sudah tentu mengangkat sedikit jenama yang berasal daripada Australia ini. Bolehlah angkat muka sikit dengan jenama lain yang sudah terbukti kehandalannya dalam dunia perlumbaan rali.

Walaupun mengikut undang-undang AP4 menghadkan enjinnya seharusnya 1.6 liter sahaja, tetapi Holden Barina ini telah dipasang dengan enjin 1.8 liter, khusus bagi bersaing dengan saingan  New Zealand Rally Championship. Enjin yang berasal daripada 2.0 liter Ecotec ini telah dipadankan dengan pengecas turbo Garret. Kini kuasanya mampu mencecah  260kW/500Nm setelah dipadankan pula dengan kotak gear berjujuk Sadev enam kelajuan.

Force Motorsport telah memilih toyol-toyol yang terbaik untuk disumbatkan ke dalam kereta rali ini bagi menjadikan ianya cukup laju dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan permukaan laluan yang ditempuhi. Antaranya adalah penggunaan brek Brembo dan juga penggunaan sistem gantungan daripada jenama SupaShock, syarikat yang sama membekalkan kepada beberapa pasukan ternama. Malah sistem gantungan yang sama turut terdapat pada model HSV GTSR W1.

Dan yang pasti, regulasi yang baharu ini sudah tentu menguntungkan buat mana-mana pasukan yang ingin membina kereta lumba sendiri dengan kos pembinaan yang pasti lebih mesra bajet dengan anggaran dalam $200,000 (RM561,049.00). Tambahan pula dimensi chasisnya dihadkan yang mana sudah tentu kereta hatchback tampak cukup ideal untuk disumpah menjadi laju dan garang. Misalannya Perodua Myvi baharu itu. Amacam?

 

 

Google ads

B K

Back to top button