" "
Buletin

LELAKI MAUT LAMBORGHINI TERBABAS DAN HANGUS DI LEBUH RAYA KARAK

Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.06 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta Lamborghini yang telah terbabas dengan kebakaran kira-kira 100 peratus.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta, manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

Jelasnya, pemandu yang tersepit telah disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. – Sinar Harian

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button