Buletin

KERETA API MEWAH ARAB SAUDI – DREAM OF THE DESERT BAKAL BEROPERASI TAHUN 2025

Produksi kereta api mewah pertama di Arab Saudi, Dream of the Desert, dilaporkan telah bermula.

Menurut laporan, Dream of the Desert dijadualkan beroperasi menjelajah gurun yang menakjubkan di dalam negara itu menjelang akhir tahun 2025.

Dream of the Desert yang dibuat di Itali oleh Arsenale Group dan dipesan oleh Keretapi Arab Saudi (SAR), akan menghubungkan ibu negara Riyadh ke Al Qurayyat di wilayah utara Al Jawf.

Rangkaian perjalanan ini akan melalui beberapa destinasi menarik seperti Al Qassim, Hail, serta Al Jouf sebelum berakhir tidak jauh dari sempadan dengan Jordan.

Ketua Eksekutif SAR, Bashar bin Khalid Al-Malik berkata, perkhidmatan tren mewah ini membolehkan rakyat Saudi dan pelancong meneroka lebih banyak bahagian di negara tersebut.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Arab Saudi untuk menarik lebih banyak pelancong, dengan rancangan menarik 150 juta pelawat menjelang akhir dekad ini.

Tahun lalu, banyak pembangunan hotel dan resort di seluruh negara telah dimaklumkan, menandakan usaha untuk menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan utama.

Google ads
Back to top button