Buletin

LYNK & CO 02 HEICO TAMPIL SPORTI DENGAN SPRING SPORT, RIM 21 INCI, PIRELLI P ZERO

Lynk & Co mengumumkan kerjasama rasmi dengan pakar talaan premium Jerman HEICO SPORTIV dan memperkenalkan Lynk & Co 02 HEICO di Munich, Jerman.

Pemilik di Eropah ditawarkan khidmat penyesuaian (customisation) eksklusif untuk model elektrik Lynk & Co 02, hibrid plug-in Lynk & Co 08 dan Lynk & Co 01.

Lynk & Co 02 HEICO tampil rendah, trek roda lebih lebar dan rim aloi VOLUTION® X. 21 inci, yang mengubah gaya visual model model ini.

Kit HEICO

Lynk & Co 02 HEICO diserlahkan dengan ciri istimewa seperti sistem suspensi sport dan rim aloi bersaiz besar.

Perkakasan ini direka khas oleh HEICO SPORTIV untuk meningkatkan gaya serta prestasi.

Ia turut dilengkapi tayar prestasi tinggi Pirelli PZERO bagi menambah cengkaman dan kestabilan pemanduan.

Di antara komponen utama yang ditawarkan ialah:

  • Spring sport HEICO SPORTIV €390.00 (RM1,927)
  • Pemasangan spring sport di HEICO SPORTIV €1,062.43 (RM5,249)
  • Rim aloi HEICO SPORTIV Alloy wheels VOLUTION® X. (Hitam, 9×21”) €3,356.00 (RM16,584)
  • Pakej roda dan tayar Pirelli PZERO 255/35 R21 (termasuk pemasangan) €1,556.00 (RM7,686)
  • Set karpet HEICO SPORTIV (Velour, Anthracite) €185.00 (RM914)
  • Pendaftaran dan laporan pakar €118.00 (RM583) – termasuk proses pendaftaran rasmi dan laporan pengesahan teknikal oleh pakar bertauliah

Jumlah keseluruhan: €6,667.43 (RM32,943) termasuk VAT 19%. 

Semua harga termasuk laporan pakar/ABE serta jaminan 60 bulan / 150,000 km.

Lynk & Co 08 HEICO Menyusul Oktober Ini

Bermula Oktober, Lynk & Co 08 HEICO versi hibrid plug-in juga akan ditawarkan dengan pelbagai variasi rim khas serta aksesori tambahan yang akan diumumkan kelak.

Kesemua produk ini akan tersedia melalui rangkaian pengedar rasmi Lynk & Co di seluruh Eropah dan boleh dimasukkan ke dalam program servis serta jaminan sedia ada.

Ini memastikan pelanggan menerima kualiti setaraf pengeluar asal dengan perlindungan jaminan penuh kilang.

Google ads
Back to top button